suria

[VIDEO] Wow! Syamel, Ernie buat ‘show’ dalam resepsi sendiri... lancar single Goodbye Hello

SELEPAS seminggu mendirikan rumah tangga, pasangan penyanyi iaitu Syamel dan Ernie Zakri akhirnya diraikan dalam majlis resepsi di Bayswater, KLCC pada malam, Sabtu.

Majlis yang bertemakan konsep formal ‘Black Tie’ itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP).

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie kini isteri Syamel, disatukan sempena berkat hari Jumaat

Syamel atau nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, segak mengenakan sut hitam rekaan Shanell Harun manakala Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, anggun dalam gaun putih sentuhan pereka fesyen Amaze.

Pada majlis istimewa itu juga Syamel dan Ernie menghiburkan tetamu dengan single baharu mereka berjudul Goodbye Hello.

Lirik video lagu ciptaan pasangan suami isteri itu bersama Faizal Tahir dan Mike Chan tersebut turut dilancarkan menerusi saluran YouTube pada pukul 9 Sabtu.

Selain dendangan lagu daripada pasangan pengantin, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Anuar Zain, Dina Nadzir serta Aisyah Retno.



Syamel dan Ernie ketika mendendangkan lagu Goodbye Hello.

Antara rakan selebriti yang turut memeriahkan majlis mereka ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ain Edruce, Wany Hasrita, Khai Bahar serta Nabila Razali.

Pasangan Syamel dan Ernie diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Syamel menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan seutas gelang tangan berlian serta lima dulang hantaran berbalas tujuh.

Bagaimanapun wang hantaran dirahsiakan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain