suria

Serasi bersama, Benzooloo dan Jonathan Tse kembali bekerjasama dalam Bebas

Jonathan Tse (kiri) senang bekerjasama dengan Benzooloo.

SELEPAS kejayaan lagu Aku Rela, dua penyanyi dan komposer kelahiran Sabah, Benzooloo dan Jonathan Tse kini kembali bekerjasama menerusi single terbaharu berjudul Bebas.

Hubungan rapat antara mereka memberikan kelebihan untuk berkongsi idea bagi menghasilkan lagu ini mengikut tafsiran tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagu terakhir Sandra Dianne tentang kisah cinta Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari

"Bagi saya lagu ini membawa pengertian peribadi kepada sebagai seorang pemuzik. Saya perlu mula melakukan sesuatu atau mencari inspirasi, inilah masanya untuk saya kena bebas berani keluar daripada zon selesa.

"Lagu ini lebih kepada bebas melakukan apa sahaja serta tidak terkongkong dengan apa yang orang lain mahukan daripada saya.

"Paling penting, kita kena ikhlas dengan diri sendiri," kata Jonathan.

Jonathan Tse merupakan komposer yang turut mencipta lagu terakhir nyanyian arwah Sandra Dianne.

Sementara itu, diminta mengulas lanjut mengenai penghasilan lagu Bebas, Benzooloo atau nama sebenar, Bennye Francis, 28, berkata mereka mudah mencapai kata sepakat memandangkan kedua-duanya sudah saling memahami.

"Tempoh untuk siapkan lirik Bebas memakan masa dalam seminggu kerana pada masa sama, kami ada tulis lagu-lagu lain juga.

"Tambahan pula, selepas siap tulis lagu ini, kami kena ambil masa lebih kurang dalam sehari untuk meneliti semula lirik yang sudah siap ditulis.

Inilah masanya untuk saya kena bebas berani keluar daripada zon selesa.

JONATHAN TSE

PENYANYI, KOMPOSER

"Mana lirik yang tidak masuk akal, kami buang dan gantikan dengan lirik baharu," katanya.

Benzooloo sebelum ini pernah berkolaborasi dengan penyanyi Zizi Kirana dan Allahyarham Sandra Dianne menerusi lagu Terkemuka.

Bebas kini sudah boleh didapati di semua aplikasi penstriman muzik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain