BARU seminggu bergelar suami, penyanyi Syamel berkata hidupnya kini lebih bermakna apabila mempunyai seorang isteri untuk berkongsi saat suka dan duka. Ujar Syamel atau atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, bermula sejak seminggu lalu isterinya yang juga penyanyi Ernie Zakri menjadi tempat untuk dia meluahkan perasaan. "Tiada apa yang lebih bermakna dengan adanya seseorang yang istimewa menemani kita 24 jam. ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wow! Syamel, Ernie buat ‘show’ dalam resepsi sendiri... lancar single Goodbye Hello "Berkongsi segalanya kegembiraan, kedukaan dan kesedihan... semua dikongsi bersama," katanya kepada mStar. Syamel ditemui pada majlis resepsi meraikan pernikahannya dengan Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, pada Sabtu malam. TONTON RAKAMAN MAJLIS BAHAGIA SYAMEL & ERNIE! Detik-detik romantis majlis resepsi Syamel dan Ernie. Majlis yang bertemakan konsep formal ‘Black Tie’ itu diadakan di Bayswater, KLCC dengan dihadiri kira-kira 250 orang tetamu mengikut prosedur operasi standard (SOP). Ujar Syamel yang segak mengenakan sut hitam rekaan Shanell Harun, dia bersyukur apabila dikurniakan seorang isteri yang sempurna seperti Ernie. Syamel begitu bergaya dalam sut hitam manakala Ernie anggun memakai gaun putih. "Saya beruntung dianugerahkan seorang isteri yang pada saya cukup sempurna di mata saya. "Saya berdoa agar kesempurnaan itu saya nampak hingga ke akhir usia, sampai ke jannah," katanya. "Saya minta anda doakan kami berdua agar dijauhkan daripada segala musibah dan sentiasa diberkati serta diredai Allah," katanya. Tiada apa yang lebih bermakna dengan adanya seseorang yang istimewa menemani kita 24 jam. SYAMEL PENYANYI Bercerita mengenai anak, Syamel berkata dia dan Ernie menyerahkan perkara itu kepada rezeki Allah. Pada majlis itu juga Syamel dan Ernie turut menghiburkan tetamu dengan single terbaharu mereka berjudul Goodbye Hello. Sementara itu Ernie berkata dia juga bersyukur apabila doanya agar dipertemukan jodoh sebelum memasuki usia 30 tahun termakbul. Pasangan ini diraikan dalam majlis sederhana mengikut SOP. "Tak sangka sebenarnya saya dah bersuami pada umur 29 tahun, Allah dengar doa saya nak berkahwin sebelum 30 tahun. "Alhamdulillah sepanjang seminggu... happy naw naw!" katanya penuh kegembiraan. Selain dendangan lagu daripada pasangan pengantin, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan Anuar Zain, Dina Nadzir serta Aisyah Retno. Antara rakan selebriti yang turut memeriahkan majlis mereka ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Ain Edruce, Wany Hasrita, Khai Bahar serta Nabila Razali. Syamel dan Ernie sempat menyampaikan single baharu mereka berjudul Goodbye Hello. Pasangan Syamel dan Ernie diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu secara tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor. Pada majlis nikah, Syamel menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang manakala mas kahwin bernilai RM300 serta seutas gelang tangan berlian. Bagaimanapun jumlah wang hantaran tidak dinyatakan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!