suria

Alamak! Afieq Shazwan dan Ayie Floor88 malu artis junior jadi sasaran masalah disiplin - “Janganlah anggap semuanya begitu, ada je yang masih ingat diri ni kecil”

Afieq Shazwan dan Ayie Floor88 menyatakan kekesalan di atas sikap sesetengah pendatang baharu yang memberikan nama buruk terhadap artis seangkatan mereka.

KELUHAN terbuka ramai selebriti senior tentang sikap pendatang baharu industri hiburan nampaknya sedikit sebanyak berjaya mengundang rasa malu dan kesal dalam kalangan mereka.

Antara golongan junior yang muncul memberi respon tentang keluhan itu ialah vokalis kumpulan Floor88, Ayie Elham dan pelakon serta penyanyi Afieq Shazwan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Disiplin tiada, skrip tak hafal... zaman followers” - Makin ramai artis senior hentam sikap pelakon baharu ‘bajet bagus’

Menurut Afieq atau nama sebenarnya, Muhammad Shafieq Shazwan Zamros, 24, sikap tidak menghormati selebriti senior menyebabkan pelapis industri hiburan tempatan sering dipandang serong.

"Biasalah tu kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Disebabkan segelintir BBNU (budak-budak baru nak up) bersikap sebegitu, tercalar semua nama-nama BBNU lain.

AYIE FLOOR88

PENYANYI

“Tapi janganlah anggap semuanya begitu, ada je yang masih menganggap dirinya kecil dalam industri dan tetap bangga dengan yang senior," kata Afieq Shazwan.

Sementara itu ujar Ayie atau nama sebenar, Nik Fadlee Elhamshah, 24, sikap acuh tidak acuh segelintir pihak dengan dunia seni menyebabkan imej golongan junior yang ikhlas mahu mencari rezeki turut tercalar.

"Disebabkan segelintir BBNU (budak-budak baru nak up) bersikap sebegitu, tercalar semua nama-nama BBNU lain... hadehhh," kata Ayie.

Komen yang ditulis Ayie, Afieq dan Mawar di Instagram mStar.

Dalam pada itu, pelakon Mawar Rashid pula mempunyai pendapat tersendiri berhubung isu ini.

Mawar berkata artis senior tidak perlu menghebahkan tentang 'kelemahan' artis baharu sebaliknya menggunakan kaedah yang lebih lembut untuk menyampaikan teguran.

"Apa yang terbaik ialah jadi contoh yang terbaik kepada mereka (artis baharu) dan nasihat mereka secara tertutup dan peribadi.

“Mereka tentu akan lebih menghargainya (kalau digunakan cara pendekatan seperti itu), insyaAllah," katanya.

Rusdi Ramli dan Fizz Fairuz antara pelakon senior yang bersuara mengenai sikap pendatang baharu.

Keluahan artis senior mula mendapat perhatian selepas mStar melaporkan mengenai kenyataan Rusdi Ramli yang kesal dengan sikap segelintir selebriti junior ketika di set penggambaran.

Susulan itu makin ramai pelakon senior tampil menyatakan pengalaman masing-masing berdepan golongan berkenaan yang dilabel sebagai ‘diva’.

Mereka yang bersuara termasuk Datuk Fizz Fairuz, Izara Aishah, Sheila Mambo serta Rita Rudaini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain