suria

Neelofa dan PU Riz kena jawab isu video main jet ski di Langkawi, polis sedang siasat

Neelofa sebelum ini mengeluarkan kenyataan dia ke Langkawi untuk tujuan bekerja.

PASANGAN selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu polis dalam siasatan berhubung aktiviti santai pasangan itu di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan video dan foto yang dikongsikan di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz bukan pergi bulan madu... terbang ke Langkawi lancar kedai minuman

“Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

“Jadi, dalam kes sebegini, wajarnya SOP polis adalah buka kertas siasatan yang mana dia (Neelofa) akan dipanggil untuk dirakamkan kenyataan termasuk berhubung gambar dan video yang viral, ” katanya.

Video yang dikongsikan Neelofa ketika dia dan suami berada di Langkawi.

Beliau berkata demikian seperti dilaporkan Sinar Harian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Seksyen K9 Langkawi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Langkawi, pada Ahad.

Terdahulu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya Haris Ismail, 26, terbang ke Langkawi atas urusan kerja membabitkan pembukaan cawangan francais minuman terkenal.

Apabila keluar sahaja gambar-gambar tersebut, maknanya kehadiran beliau (Neelofa) bersama suaminya itu melanggar SOP yang ditetapkan dan kita akan ambil tindakan.

TAN SRI ABDUL HAMID BADOR

KETUA POLIS NEGARA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Foto: BERNAMA

Ketika di sana Neelofa ada berkongsi video dan foto melakukan aktiviti berkaitan perlancongan termasuk menaiki jet ski melihat keindahan alam semula jadi di pulau peranginan itu.

Mengulas mengenai perkara itu Abdul Hamid berkata, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang dilakukan pasangan itu sebahagian daripada urusan perniagaan yang dimaksudkan.

"Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja... jelas ia tidak boleh dilakukan dan telah melanggar SOP.

"Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," katanya.

Neelofa dan Riz melangsungkan pernikahan pada 27 Mac lalu dalam sebuah majlis serba putih yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, penganjur perkahwinan serta pembantu peribadi Neelofa turut dipanggil bagi memberikan kerjasama kepada pihak polis berhubung majlis pernikahan pasangan popular itu yang dikatakan tidak mematuhi SOP.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain