suria

Neelofa, PU Riz bukan pergi bulan madu... terbang ke Langkawi lancar kedai minuman

Rupa-rupanya Neelofa dan PU Riz ke Langkawi kerana tuntutan kerja.

SANGKAAN kononnya selebriti Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz merentas negeri untuk berbulan madu di Pulau Langkawi akhirnya meleset apabila mereka bergerak ke sana atas urusan kerja.

Pasangan pengantin baharu ini dimaklumkan berada di pulau peranginan itu bagi mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tunggu Neelofa dan PU Riz balik ‘honeymoon’... siasat dakwaan bercuti di Langkawi

Menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di utara tanah air.

"Untuk makluman, Neelofa dan Muhammad Haris sedang menjalankan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi Kedah serta Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan-cawangan baru Chatime di zon utara.

"Lawatan ini juga melibatkan beberapa kakitangan dan bahagian operasi dan pengurusan Chatime Malaysia. Kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperolehi dari Balai Polis berdekatan mengikut SOP yang ditetapkan.

Chatime keluarkan kenyataan mengenai pergerakan rentas negeri pasangan selebriti ini.

"Diharap kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan. Terima kasih," katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi jenama minuman francais tersebut pada Selasa malam.

Neelofa merupakan salah seorang selebriti yang menjalinkan kerjasama dengan Chatime sejak tahun 2019.

Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, mengesahkan pihaknya memberi kebenaran kepada Neelofa dan tiga yang lain untuk bergerak ke Pulau Langkawi atas urusan kerja.

Borang Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkenaan ditandatangani Ketua Polis Balai, Balai Polis Sri Hartamas.

Ujar Basri seperti yang dilaporkan portal Berita Harian, mereka dibenar bergerak ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April ini.

Neelofa ke Langkawi atas tujuan kerja.

Mereka dijadual tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.

Sejak Isnin, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan suaminya, Haris Ismail, 26, sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beberapa gambar di Pulau Langkawi tular di media sosial.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, Neelofa dan suaminya dilihat berada di lapangan terbang dalam penerbangan dipercayai menuju ke pulau peranginan itu.

Neelofa sah menjadi isteri kepada Riz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO BERKAITAN INI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain