suria

Cinta makin serius, Kamal Adli risik Uqasha Senrose jadi calon isteri

Raysha dan keluarga teruja kakaknya, Uqasha bakal disatukan dengan Kamal Adli tidak lama lagi.

HUBUNGAN cinta pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli kini memasuki fasa baharu yang lebih serius.

Terkini Uqasha atau nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, dirisik kekasihnya yang juga aktor Kamal Adli, 35, di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada petang Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kamal Adli dan Uqasha Senrose rancang tiga kali resepsi... satu majlis khas untuk peminat

Berita gembira itu disahkan adik Uqasha iaitu pelakon Raysha Rizrose ketika dihubungi mStar.

Menurut Raysha atau nama sebenarnya, Farza Naquraisha Mohd Fariz, 25, majlis itu diadakan secara tertutup dengan dihadiri hanya ahli keluarga rapat kedua-dua belah pihak sahaja termasuk Kamal sendiri.

Pasangan sama cantik sama padan ini bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

"Kakak saya, Uqasha telah selamat dirisik dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja mengikut SOP.

"Keluarga rapat Kamal datang menghantar rombongan merisik Uqasha kira-kira pukul 2 petang tadi.

"Antara yang dibincangkan adalah tentang persiapan untuk majlis pernikahan seperti hantaran," katanya.

Dalam majlis itu Uqasha menerima sebentuk cincin merisik yang disarungkan oleh bakal ibu mentuanya.

Kakak saya, Uqasha telah selamat dirisik dalam satu majlis yang diadakan secara kecil-kecilan sahaja mengikut SOP.

RAYSHA RIZROSE

PELAKON

Sebelum itu Raysha berkongsikan gambar majlis tersebut di Instastory.

Dalam majlis tu, Uqasha kelihatan manis menggayakan baju kurung berona serba putih.

Kamal melamar Uqasha dalam siaran langsung AME2020 pada Disember lalu.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, pasangan ini mengesahkan bakal diijabkabulkan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi, namun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh pernikahan sehingga benar-benar muktamad.

Kamal dan Uqasha juga telah merancang untuk mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka.

Pasangan ini mula berkenalan rapat pada tahun 2019 selepas digandingkan bersama dalam drama Selepas Terlafaznya Akad.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain