suria

Syed Iqmal tak nak lepas gelaran da’i, mahu dakwah ikut cara sendiri - “Bukan terhad dengan tazkirah dan ceramah semata-mata”

Syed sudah lama menjual biskut hasil air tangan ibunya.

MUNCUL dengan produk makanan sendiri, pendakwah bebas Da'i Syed menepis andaian yang mengatakan bahawa dia mengambil kesempatan ketika namanya menjadi bualan hangat.

Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dia sudah mula menjual makanan yang dibuat sendiri oleh ibunya itu sejak 2017 lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Alhamdulillah makin gemuk, makin berisi” - Da’i Syed dah bersedia nak berdepan dakwaan di mahkamah

Tambah pendakwah berusia 26 tahun itu, dia mengembangkan lagi perniagaan tersebut selepas menerima sokongan selain dengan niat untuk membantu orang lain.

Syed mahu membantu orang lain untuk berniaga.

"Tiada istilah saya ambil kesempatan dengan isu yang sedang melanda. Sebenarnya ibu saya sudah biasa buat cookies dan saya selalu bawa dan jual ketika membuat ceramah di universiti.

"Kadang-kadang dalam sebulan itu, kami berjaya jual 100 unit. Saya mula menjual cookies ni sekitar 2017 dan 2018. Memang dah jual lama tapi orang tak tahu tapi sekarang baru nak komersialkan.

"Orang yang sokong dan nak jadi stokis pun ramai... jadi, kita nak kongsi dengan semua orang. Kita pun membantu ramai orang terutama kaum ibu dan suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan.

"Bukan untuk saya sendiri sahaja bahkan saya nak bantu orang lain berniaga... saya nak kongsi rezeki," kata Syed kepada mStar.

Saya masih mengekalkan nama da’i kerana membawa maksud dakwah.

DA'I SYED

PENDAKWAH BEBAS

Pendakwah yang muncul dengan single terbaharu berjudul Ya Habib itu ditemui ketika majlis pelancaran Asyedap Salted Caramel Chocholate Cookies di Bangi Resort Hotel, Bandar Baru Bangi, baru-baru ini.

Untuk rekod, Syed berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan kes tersebut masih berjalan di mahkamah sehingga kini.

Dalam pada itu, Syed memberitahu dia tetap akan menggunakan gelaran da'i memandangkan ia membawa maksud dakwah.

Syed tetap akan mengekalkan gelaran da'i.

Kata Syed, setiap individu termasuklah yang bekerja sebagai wartawan, penyanyi atau peniaga berhak untuk berdakwah mengikut cara masing-masing yang bukan sekadar memberi ceramah atau tazkirah sahaja.

"Saya masih mengekalkan nama da’i kerana membawa maksud dakwah. Setiap individu berdakwah dengan cara masing-masing. Sama seperti wartawan, penyanyi, peniaga dan semua orang.

"Peranan itu bukan hanya terhad dengan tazkirah dan ceramah semata-mata sebaliknya ia juga boleh disebarkan menerusi kebaikan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain