suria

Bertuahnya Sophia Zuhri dapat ‘sentuhan’ Ajai - “Saya tak terbitkan lagu untuk semua orang”

Sophia berulang alik dari London ke Malaysia untuk promosi lagu pertamanya.

BAKAT baharu yang bakal menjadi penyeri industri muzik tanah air iaitu penyanyi Sophia Zuhri berkata dia sudah mula menulis lagu sejak berusia tujuh tahun lagi.

Bagaimanapun Sophia, 17, berkata ketika itu karya yang dihasilkan hanya disimpan untuk diri sendiri tanpa pengetahuan orang lain.

Menurut Sophia yang menetap London di sejak berusia 11 tahun, bakat dalam menulis itu datang daripada neneknya yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris.

"Saya mula menulis lagu pada usia muda, tapi mula serius ketika saya berusia 14 atau 15 tahun.

Sophia mula menulis lagu sejak berusia tujuh tahun.

"Mungkin bakat menulis ini dapat daripada keluarga sebelah bapa saya.

"Nenek saya seorang guru bahasa Inggeris dan penulisannya sangat bagus. Dia menjadi inspirasi dan memberikan saya ilham untuk menulis lagu," kata Sophia kepada mStar.

Sophia ditemui ketika majlis pelancaran single pertamanya yang berjudul Game of Charades, di The Starling Mall, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Lagu yang menggunakan gaya muzik lakuran (fusion) Britpop itu turut mendapat sentuhan daripada komposer terkenal, Ajai.

Ajai melihat dirinya dalam bakat Sophia.

Video muzik (MV) Game of Charades yang diarahkan oleh Amani Azlin turut dilancarkan di saluran YouTube Universal Music Malaysia bermula pada Selasa.

Selaku penerbit, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas memberitahu dia menerima tawaran untuk bekerjasama kerana melihat dirinya dalam bakat Sophia.

"Saya mahu dia memiliki vokal yang lebih baik berbanding dengan apa yang dimilikinya sekarang. Saya dapat melihat diri saya dalam bakat Sophia.

"Sejujurnya, saya tidak menerbitkan lagu kepada semua orang, tetapi Sophia berbeza. Dia memiliki kelasnya yang tersendiri dan membuatkan saya bersetuju untuk berkolaborasi," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain