suria

Fadzil Zahari sunting foto berendam dalam besen air, netizen kata sindir Nonny Nadirah - “Benda tak lawak bro, lain orang lain ujian!”

Fadzil Zahari berkata dia tidak menyindir mana-mana selebriti.

GARA-GARA menyunting foto berendam bersama isteri di dalam besen air, suami kepada pelakon Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari ditegur netizen kerana tidak sensitif.

Rata-rata mengaitkan suntingan foto itu sebagai sindiran kepada seorang aktres yang sebelum itu memuat naik gambar berendam dalam tong air yang sama.

Meskipun Fadzil atau Fadzil Bahri Zahari, 38, tidak menyebut nama sesiapa dalam perkongsiannya itu, namun netizen membuat andaian ia berkait dengan aksi daring pelakon Nonny Nadirah.

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah buat hal lagi, kongsi gambar berkemban dalam tong air... Mila Jirin dah tak larat - “Populariti belum tentu bawa sepinggan nasi pada kau!”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dalam pantang, Fadzil Zahari diganggu wanita misteri... siap hantar gambar seksi! - “Jenis tak faham bahasa, sondol la lelaki bujang... bukan sondol laki orang”

Menurut pemilik syarikat produksi Prokuya Studios ini, tujuannya menyunting foto itu bukanlah untuk mengaibkan mana-mana pihak.

Fadzil sunting foto bersama isteri dalam besen air.

"Salam Jumaat... kat mana gambar ni mengaibkan orang? Tak ada aurat sesiapa pun dalam gambar ni... tak ada nama sesiapa pun kat sini," jelasnya menerusi ruangan komen.

Sebelum itu, Fadzil berkongsi foto tersebut bersama kapsyen meraikan suasana romantik bersama isteri hanya dengan berendam di dalam besen air.

"Nak romantik kat pantai tak boleh rentas negeri, rai sekadar mampu... air haruman lavender bancuh sendiri," tulisnya.

Lain orang lain ujian, dia perlukan bimbingan tak perlu perli-perli.

NETIZEN

Perkongsiannya itu menarik perhatian hingga mengundang pelbagai komen.

Ada antara mereka yang mengaitkan nama Nonny kerana gambar besen air berwarna merah tersebut kelihatan mirip seperti yang digunakan oleh bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu.

"Macam kenal besen tu! Curi besen Nonny ke tu? Terhibur aku baca!

"Pandai korang melawak, tak tahu la nak sedih ke ketawa," tulis peminat.

Antara komen ditinggalkan netizen.

Bagaimanapun ada juga yang kurang senang dengan gurauan Fadzil itu dan meminta dia memadam perkongsian foto tersebut.

"Benda tak lawak bro... tolong padam. Bukan nak back up ke apa! Tapi takut nak perli... mungkin ini ujian Allah untuk dia, kita doakan yang baik-baik.

"Lain orang lain ujian, dia perlukan bimbingan tak perlu perli. Doa hidup dia dipermudahkan dan kembali ke pangkal jalan cepat atau lambat," tulis netizen.

Pada Khamis, pelakon Nonny Nadirah sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila berkongsi gambar seksi di Instagram.

Seakan mahu terus mencari perhatian, kali ini Nonny tanpa segan silu memuat naik gambar dia berkemban sambil berendam di dalam tong air.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain