suria

Eleena Sui selamat lahirkan cahaya mata pertama, syukur suami sempat bergegas pulang dari Sudan

Eleena Sui masih belum mendedahkan nama dan jantina anaknya.

PELAKON dan pengacara, Eleena Sui selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 25 Mac lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Eleena atau nama sebenarnya, Nor Eleena Hamzah, 29, bagaimanapun baharu sahaja berkongsikan berita gembira itu dengan peminat di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggota ‘jabatan netizen’ serbu Instagram Eleena Sui, posting lama raih lebih 1,000 komen lucu - “Saya datang daripada masa depan”

Walau bagaimanapun, Eleena masih belum mendedahkan nama dan jantina anak sulungnya itu.

Eleena bersyukur suaminya sempat pulang menemani ketika bersalin.

Sebaliknya dia hanya menggelarkan pertama hatinya itu sebagai Baby EA.

"Syukur Alhamdulillah di atas amanah ini Ya Allah. Sepatutnya tarikh saya dijangka bersalin ialah pada satu Ramadan nanti (13 April).

"Selepas satu malam saya tahan sakit sebab ingatkan hanya sakit perut biasa, rupa-rupanya baby EA dah tak sabar nak jumpa semua orang.

Ketakutan terbesar saya ialah jika saya terpaksa bersalin berseorangan.

ELEENA SUI

PENGACARA, PELAKON

"Ini adalah hadiah yang paling bermakna Allah beri kepada saya dan suami, Faisya setelah empat tahun kami mendirikan rumah tangga," katanya.

Menurut Eleena lagi, dia bersyukur suaminya, Ahmad Faisya Mohd Bustamam yang bertugas di Sudan sempat kembali ke tanah air untuk menemaninya bersalin.

"Ketakutan terbesar saya ialah jika saya terpaksa bersalin berseorangan disebabkan suami masih lagi bekerja di Sudan. Tapi saya sangat-sangat bersyukur dia sempat pulang dan menemani saya sepanjang proses kelahiran anak sulung kami," katanya.

Eleena dan suami, Ahmad Faisya.

Eleena berkahwin dengan Faisya yang juga merupakan seorang peguam pada 4 Februari 2017.

Sebelum ini nama Eleena hangat diperkatakan selepas gambarnya menghadiri majlis pernikahan pelakon Hannah Delisha dan suaminya Imam Shah menjadi bualan hangat netizen.

Foto Eleena di pelamin yang sama digunakan Hannah menjadi punca kepada pendedahan bahawa pasangan itu sebenarnya sudah bernikah sejak setahun yang lalu iaitu Februari 2020.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain