suria

Anggota ‘jabatan netizen’ serbu Instagram Eleena Sui, posting lama raih lebih 1,000 komen lucu - “Saya datang daripada masa depan”

Penampilan terkini Eleena (kiri) ketika berkongsi berita dia hamil anak pertama pada 5 Februari 2020.

KISAH kontorversi rumah tangga dan isu hubungan keruh antara Hannah Delisha dan ibu kandungnya hangat diperkatakan sejak awal minggu ini.

Namun bermula Rabu, nama pelakon dan pengacara Eleena Sui mula menjadi bualan netizen yang mengikuti secara rapat laporan mStar mengenai kisah berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hannah Delisha akhirnya jawab kontroversi... “Sama seperti anda, saya pun ada masalah peribadi”

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan keruh sejak sekian lama, mentua dakwa Hannah Delisha kerap menangis mahu berbaik dengan ibu kandung

Ia bermula selepas ibu mentua Hannah iaitu Mariana Yati berkongsi gambar-gambar sekitar majlis pernikahan mereka yang dikatakan berlangsung pada tahun lalu.

Turut terselit ialah foto Eleena yang dilihat duduk diapit Hannah dan Imam di pelamin.



Eleena antara tetamu majlis pernikahan Hannah dan Imam yang dikatakan berlangsung pada Februari 2020.

Susulan itu warganet yang menggelarkan diri mereka sebagai anggota ‘jabatan netizen mStar’ mula ‘menyerang’ Instagram Eleena.

Semakan di Instagram Eleena yang sebelum ini dilihat agak ‘sepi’ nampaknya mula meriah dengan komen dan like terutamanya pada posting bertarikh 19 Februari 2020.

Untuk rekod, posting Eleena mengenakan busana berwarna biru itulah yang mencetuskan tanda tanya mengenai tarikh sebenar Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, berkahwin.

Hebat netizen buat kerja, dah lebih seribu komen... jom buat kenduri.

NETIZEN

Komen-komen yang ditinggalkan netizen pada posting berkenaan agak lucu serta menghiburkan.

“Siapa datang sini selepas baca artikel mStar angkat tangan.

“Hi, saya daripada jabatan netizen mStar. Saya datang daripada masa depan.

“Korang dah scan MySejahtera ke belum? Datang ramai-ramai tolong jaga jarak fizikal, ” demikian gurauan beberapa netizen.



Antara komen-komen lucu yang ditinggalkan netizen di Instagram Eleena.

Selain itu netizen turut bergurau mengenai kemeriahan pada posting tersebut.

“Wow, road to 1,000 komen!

“Sebelum ni saya tengok ada 40 komen je, sekarang dah lebih seribu.

“Hebat netizen buat kerja, dah lebih seribu komen... jom buat kenduri, ” kata mereka.

Hingga kini posting itu menerima hampir 8,000 tanda suka berbanding hanya sekitar 4,000 sebelum ia menjadi tumpuan netizen.



Perbezaan komen dan like pada posting Eleena sebelum dan selepas ia menjadi tumpuan netizen.

Dalam masa sama ia turut menyaksikan lebih seribu komen berbanding hanya 11 komen sebelum ini.

Menerusi gambar itu Eleena kelihatan berbadan langsing, berbeza dengan penampilan terbaharunya sejak awal Februari lalu yang sedang sarat mengandung anak pertama iaitu pada bulan ketika Hannah dan Imam Shah berkongsi foto pada 18 Februari 2021 dengan penampilan berpakaian nikah.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Eleena tidak berhasil apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain