suria

“Jangan letak harapan... kalau ada saya nanti ada la!” - MK K-Clique terus berteka-teki kemunculan bersama Nabila Razali dalam lagu ‘Peluang Kedua’ di AJL35

Peminat mahu MK buat penampilan istimewa semasa persembahan Nabila Razali menerusi lagu Peluang Kedua di AJL35.

KEHANGATAN Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) semakin dirasai apabila ramai peminat berkongsi keterujaan untuk menonton persembahan 12 lagu bersaing pada malam kemuncak yang akan bersiaran secara langsung pada malam Ahad ini.

Antara persembahan yang dinantikan oleh penonton ialah nyanyian lagu Peluang Kedua daripada Nabila Razali.

Rata-rata peminat tertanya adakah rakan duetnya penyanyi rap MK K-Clique akan turut membuat persembahan bersama Nabila pada malam itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ya... saya akan nyanyi” - Nabila Razali tolak tawaran berlakon untuk persiapan AJL35

Menjawab persoalan peminat itu, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan memilih untuk terus berteka-teki, namun penyanyi berusia 25 tahun ini berkata kemunculannya pada malam itu bukan perkara penting.

"Tentang AJL35? Mungkin saya tak boleh nak bercerita banyak... apa sahaja perancangan mengenai Peluang Kedua saya tak tahu.

Peluang Kedua antara lagu berpotensi diangkat sebagai pemenang AJL35.

"Sama ada saya ada atau tidak sekalipun, AJL35 tetap on... tapi peminat janganlah letak harapan sangat, kalau ada saya nanti ada la!," katanya kepada mStar.

Lagu Peluang Kedua ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu merupakan antara 12 lagu yang layak ke AJL35 yang akan bersiaran secara langsung di TV3 pukul 9 malam, Ahad ini.

Ada saya atau tidak bukanlah perkara penting, sebaiknya kita doakan Nabila Razali dan team termasuklah peserta lain dapat buat yang terbaik

MK K-CLIQUE

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pulang ini berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk team Peluang Kedua dan berharap rezeki memihak kepada Nabila.

"Ada saya atau tidak bukanlah perkara penting, sebaiknya kita doakan Nabila Razali dan team termasuklah peserta lain dapat buat yang terbaik.

Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali merupakan hasil ciptaan Hael Husaini.

"Tak perlu nak wish (di media sosial) pun tak apa, hanya doa dari jauh sahaja. Semoga semua yang bertanding dipermudahkan urusan," katanya.

Menerusi laporan mStar pada 10 Disember tahun lalu, Nabila terpaksa melepaskan peluang menyanyikan lagu itu di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) episod ketiga akibat masalah peti suara.

Susulan masalah kesihatan yang dihadapi Nabila, penyanyi Hael selaku komposer Peluang Kedua mengambil tugas menyampaikan lagu tersebut yang berjaya mara ke AJL35.

Selain Peluang Kedua, lagu lain yang lain bersaing di pentas AJL35 ialah Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Eh (Zizi Kirana), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain