suria

Lelaki miang ganggu Riena Diana, hantar foto paha dalam tab mandi lepas tak balas mesej - “Profile dah bagus ingat Allah tapi bila DM berbeza betul!”

Riena tidak sangka akan terima foto seperti itu.

PELAKON Riena Diana terkejut apabila menerima foto berbaur lucah daripada individu tidak dikenalinya di laman Instagram pada Selasa.

Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, individu tersebut mula menghantar foto yang menampakan bahagian paha seseorang dalam tab mandi selepas mesej awal tidak dilayan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah menangis risau kena kerja keras sara hidup, Riena Diana ‘insaf’ apabila tengok ada orang lebih susah

Kata penyampai radio Hot FM ini, dia tidak sangka individu tersebut tergamak menghantar gambar seperti itu memandangkan profile akaun tersebut terdapat nama Allah.

Riena muat naik paparan skrin mesej individu tersebut.

"Sebelum ini, saya selalu dengar selebriti lain terima mesej macam itu. Tapi saya abaikan saja sebab saya tak pernah kena pun. Tak sangka pula, kali ini saya pula terkena buat kali pertama.

"Mula-mula dia mesej saya tak layan... selepas itu, dia hantar pula gambar sebegitu. Bila saya tengok gambar yang diberikan dan ia sebenarnya gambar kaki dia.

"Memang saya takut dan terkejut la sebab ingatkan dia ambil gambar bawah (kemaluan)... bila tengok profile, siap tulis 'thank you Allah' tapi berperangai buruk macam itu. Bagi saya, ia sangat keji!" kata Riena kepada mStar.

Saya memang ambil langkah terus sekat akaun Instagram dia.

RIENA DIANA

PELAKON

Sebelum ini, pelakon yang popular menerusi drama Kampung People ini berkongsi paparan skrin mesej daripada individu yang menghantar gambar berbaur lucah di Instastory miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, aktres berusia 24 tahun ini berkata individu tersebut tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana bimbang akan menghantar foto yang lebih melampau.

Riena sekat akaun Instagram tersebut.

"Pada bio (profile) itu elok dah ingat Allah, tapi bila DM, berbeza betul ek? Orang macam ini jangan dibiarkan, sorok di sebalik akaun palsu dan kalau dibiarkan lama-lama gambar mengarut lagi dia hantar. keji la!" tulis Riena.

Dalam pada itu, Riena memberitahu dia sudah pun menyekat akaun Instagram berkenaan dan menganggap individu tersebut mempunyai masalah mental.

"Saya memang ambil langkah terus sekat akaun Instagram dia. Tak sanggup kalau ada lagi mesej seperti itu. Bagi saya, mereka ini seperti ada masalah mental sebab hantar gambar tak senonoh," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain