suria

Pernah menangis risau kena kerja keras sara hidup, Riena Diana ‘insaf’ apabila tengok ada orang lebih susah

Riena Diana sebak dengar kisah wanita OKU bernama Siti Mariam (kanan, bawah) yang tabah menjalani dugaan hidup.

PELAKON Riena Diana mengakui pernah menangis apabila mengenangkan dirinya perlu bekerja keras namun semua itu berubah selepas melihat ramai lagi orang di luar sana yang mengharungi cabaran lebih besar dalam kehidupan mereka.

Menurut Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamariena Diana Zulreal, 24, perkara itu membuatkan dirinya insaf sekali gus ingin mengadakan segmen mengetengahkan insan-insan yang kuat berusaha dalam kehidupan mereka menerusi Instagram TV (IGTV) miliknya pada setiap minggu.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lailer' jual laksa resipi nenek, jadi 'back up' jika PKP dilanjutkan - “Saya tahu ada juga artis lain meniaga laksa tapi masing-masing ada rezeki tersendiri”

Baru-baru ini, menerusi video di Instagram, Riena tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata melihat kegigihan pengasas produk kesihatan C-Mary, Siti Mariam yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mencari rezeki.

"Orang yang nampak kecil ini mereka sebenarnya sangat kuat semangat. Apa yang Kak Siti kongsikan menyentuh perasaan saya. Bila dengar pun, automatik kita akan rasa 'Ya Allah bersyukurnya dengan apa yang aku ada sekarang'.



Riena jual laksa demi memanfaatkan masa ketika PKP.

"Contohnya macam saya sendiri, beberapa hari lepas menangis sebab risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras... sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita.

"Jangan sesekali mengeluh kerana ada orang yang lebih susah daripada kita sebagai contoh kisah Kak Siti tetapi dia tetap kuat," katanya kepada mStar.

Menerusi IGTV Riena, Siti Mariam berkongsikan kisahnya tergelincir ketika pulang bekerja pada lapan tahun lalu menyebabkan dia tidak mampu berjalan seperti biasa sehingga membuatkan kisah wanita itu tular di laman Twitter, baru-baru ini.

Beberapa hari lepas menangis sebab risau dengan kehidupan serta terpaksa bekerja keras... sebenarnya ada orang lain lagi yang lebih susah daripada kita.

RIENA DIANA

PELAKON

Riena juga berharap perkongsian kisah individu kental di laman Instagramnya itu dapat memberi kesedaran dan semangat buat orang ramai di luar sana lebih-lebih lagi ketika berhadapan detik sukar dalam kehidupan mereka.

"Kak Siti sebenarnya merupakan pemegang kad OKU kerana insiden tergelincir pada 2012 sewaktu pulang dari bekerja membuatkan dirinya tidak mampu berjalan seperti biasa selepas doktor mengesahkan urat kakinya putus.



Riena mahu menggunakan medium Instagram bagi menyebarkan cerita motivasi seperti kisah Siti Mariam (kiri) yang tular baru-baru ini.

"Biarpun diuji dengan pelbagai ujian, Kak Siti nekad untuk mencari penawar penyakitnya sehinggalah tampil dengan produk sendiri yang mampu memulihkan keadaan kesihatannya.

"Kisah Kak Siti ini buatkan saya terinspirasi untuk buat segmen ini pada setiap minggu, sama-sama nak membantu tanpa mengira sesiapa pun kita. Macam saya, mungkin pengikut saya ramai dan itulah rezeki saya, saya cuba kongsikan segala apa yang boleh," ujarnya.

Riena yang popular dengan watak Lailer menerusi drama Kampung People kini mengusahakan perniagaan laksa bagi memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tidak terikat dengan sebarang aktiviti penggambaran.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain