suria

Sebulan tertunda, akhirnya AJL35 bersiaran langsung pada 14 Mac depan

12 lagu bersaing di pentas AJL35 pada 14 Mac depan.

ANUGERAH Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang ditunda bulan lalu kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini dijadualkan bersiaran pada 14 Mac depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, program nyanyian itu diteruskan selepas mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Khairul Anwar bagaimanapun berkata, mereka masih lagi tertakluk dengan sebarang perubahan yang mungkin akan diumumkan kerajaan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN: AJL35 ditunda, PKP halang tugas belakang tabir - “Kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain perlukan tenaga kerja yang ramai”

"Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan Covid-19 ini membuatkan kami lebih menitik beratkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat menjayakan produksi ini.

Shiha menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza di pentas AJL35 menerusi lagu 7 Nasihat.

"Dalam situasi penularan pandemik ini, kami akan memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh MKN yang telah berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu. Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.

"Namun tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh PKP," katanya.

AJL35 sepatutnya bersiaran pada 7 Februari lalu di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.

Nabila Razali dan Hael Husaini berentap di pentas AJL35.

Bagaimanapun, produksi dan stesen penyiar terpaksa menunda tarikh siaran disebabkan lanjutan tempoh PKP.

Anugerah berprestij itu akan dihoskan oleh trio pengacara iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali), Hati (Hael Husaini), Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu