suria

Netizen nampak 'baby bump', Sharifah Shahirah disangka hamil lagi! - “Korang tak pernah tengok perut buncit ke?”

Netizen tegur perut Shiera seakan-akan kelihatan baby bump.

PERKONGSIAN video dimuat naik penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah di laman Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang berjalan ke kereta menarik perhatian netizen.

Bukan sahaja terhibur dengan aksi lucu Shahirah atau lebih mesra disapa sebagai Shiera yang mahu membeli belacan dengan menaiki kereta mewah, rata-rata netizen turut menegur perut pelakon dan pengacara itu yang seakan-akan kelihatan ‘baby bump’.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahira penat layan masalah 'bibik', rasa tertipu duit habis bayar ejen - “Kita orang Melayu hati lembut... dah bagi kebebasan mulalah buat perangai!”

Malah, terdapat segelintir netizen yang menganggap isteri kepada pelakon Ijoy Azhari ini kini sedang hamil.



Shiera berkongsi perkara itu di laman Instagram pada Isnin.

"Tahniah Deydey bakal dapat adik baru. Kena cepat cari embak (pembantu rumah) baru la nampaknya.

"Shiera dah berjangkit dengan Feeya Iskandar mengandung ke?

"Kak Shiera buat hal... nampak macam baby bump la," tulis beberapa netizen di ruang komen di perkongsian tersebut.

Video yang dikongsikan Shiera pada Ahad kini mendapat lebih 200,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen daripada netizen.

Orang kata buncit itu bahagia... dalam dunia ini I seorang saja buncit.

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI SURIA FM

Selepas menerima banyak komen yang mengatakan dirinya mengandung, Shiera tampil menjelaskan bahawa perutnya kelihatan besar bukan disebabkan mengandung sebaliknya hanya buncit.

Biarpun tidak mengambil serius dengan komen tersebut, namun kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini meminta netizen berhenti membuat perbandingan bentuk badannya dengan orang lain.

"Korang ini tak pernah tengok perut buncit ke... tahu la korang gemuk tapi kempis. I cacing ok.. eh, I buncit semua panas. Jangan benci I sebab I buncit. Jangan nak bandingkan I dengan anda semua yang kempis.



Shiera mempunyai lima orang anak.

"Orang kata buncit itu bahagia... dalam dunia ini I seorang saja buncit. Ah suka hati la nak bercakap... sebab anda semua sayang I. I buncit tapi I rajin cuci bilik air. Sampai surat khabar pun telefon I tanya perut I belum leher lagi," katanya.

Shiera mendirikan rumah tangga dengan Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifli Azahari pada 2003 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Audrra, Airell, Airra serta Adeena.

Pelakon drama 7 Hari Kisah Cinta Langkawi ini juga mempunyai seorang lagi anak iaitu Allisya Tahir hasil perkahwinannya sebelum ini dengan penyanyi dan vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain