suria

Setahun berkahwin, Nazrief Nazri bakal bergelar bapa - “Baru keluar story dekat mStar fasal anak, isteri beritahu hamil!”

Nazrief Nazri teruja bakal bergelar bapa.

PELAKON Nazrief Nazri, 30, mengumumkan dia bakal bergelar bapa selepas isterinya, Aizatul Aqma disahkan hamil empat bulan.

Berkongsikan berita gembira itu di laman Instagramnya pada Isnin, Nazrief berkata isterinya melakukan pemeriksaan sendiri di rumah sebelum berkunjung ke klinik bagi mendapatkan pengesahan doktor mengenai kehamilannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazrief Nazri selamat bergelar suami kepada model, rancang majlis nikah hanya sebulan

"Alhamdulillah, lepas je story kami keluar dekat @mstaronlineofficial hari itu pasal anak, tak lama lepas itu isteri beritahu dia mengandung.

"Rezeki Alhamdulillah, tapi masa itu isteri periksa sendiri je dekat rumah. Lepas tu bawa pergi klinik untuk sahkan dan yeay!” katanya.

Aktor itu juga turut bergurau dengan peminatnya untuk meneka jantina anak sulungnya itu.

Rezeki Alhamdulillah, tapi masa itu isteri periksa sendiri je dekat rumah. Lepas tu bawa pergi klinik untuk sahkan dan yeay!

NAZRIEF NAZRI

PELAKON

Isteri Nazrief kini hamil empat bulan.

"Berdasarkan gambar ini, agak-agak kandungan isteri saya baby boy atau baby girl. Cuba komen nak tengok korang hebat ke tak?" katanya.

Sebelum ini, pada November lalu, mStar melaporkan Nazrief sudah bersedia untuk bergelar bapa selepas setahun mendirikan rumah tangga.

Nazrief dan isteri diijab kabulkan pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain