Nazrief Nazri selamat bergelar suami kepada model, rancang majlis nikah hanya sebulan - Hiburan | mStar

Nazrief Nazri selamat bergelar suami kepada model, rancang majlis nikah hanya sebulan

PELAKON Nazrief Nazri selamat diijab kabul dengan suri hati pilihannya Aizatul Aqma dengan sekali lafaz kira-kira pukul 6 petang pada Jumaat.

Nazrief dan Aizatul Aqma disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah di The Seavoy House, Jalan Titiwangsa, Kuala Lumpur dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Artis Je, Orang Biasa Pun Buat” - Nazrief Nazri

Pasangan ini diijab kabul pada Jumaat.

Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 28, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran sebanyak RM15,000.

Pelakon drama Leftenan Zana itu menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima hantaran daripada pihak perempuan.

Sementara itu, Nazrief yang ditemui meluahkan rasa syukur apabila majlis berjalan lancar biarpun dirancang dalam masa yang singkat.

"Alhamdulillah... majlis berjalan lancar biarpun perancangan perkahwinan ini dibuat hanya sebulan lebih sahaja.

"Kami buat yang halal sahaja dulu, majlis resepsi belum ada perancangan lagi setakat ini," ujarnya yang bakal berbulan madu di Bali, Indonesia.

Nazrief menghantar rombongan merisik pada 30 Jun 2018, namun mereka tidak mengikat tali pertunangan.

Nazrief Nazri

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan