suria

Takut rancangan kahwin tak jadi, Kilafairy serah pada teman lelaki tentukan waktu sesuai - “Saya lebih suka ikut arus”

Kilafairy hanya ikut arus dan tidak terburu-buru mengenai perancangan perkahwinan.

SERING diajukan soalan mengenai perkahwinan, pelakon Kilafairy berkata, dia enggan terburu-buru meletakkan sasaran waktu untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih yang dikenali Sa’aid Umar Aiman.

Menurut Kilafairy atau nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan, 28, dia lebih selesa menyerahkan soal kahwin kepada pihak lelaki dan enggan terlalu terbuka berkongsi mengenai perancangan hari bahagia itu.

Ini kerana dia bimbang jika perancangan itu gagal dicapai tidak seperti diharapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kilafairy sudah berhijab, Neelofa titip doa kekal istiqamah - “Cantik... semoga Allah kuatkan hati dan iman kau”

"Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula.

"Saya pun tak tahu sama ada tarikhnya akan berlangsung bila dan lebih suka ikut arus," katanya.



Kilafairy dan kekasih saling mengenali sejak 12 tahun lalu.

Kilafairy berkata demikian ketika bersiaran langsung semasa perasmian produk lipmatte jenama Ufora X Kilafairy yang diadakan di Facebook UFORA HQ pada Sabtu lalu.

Pertama kali bekerjasama dengan produk tempatan, Kilafairy berkata ia bukanlah keputusan yang mudah kerana dia perlu mengambil kira banyak faktor.

Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain!

KILAFAIRY

PELAKON/PENYANYI

"Saya memang biasa guna jenama antarabangsa, ini pertama kali guna produk tempatan, rupa-rupanya kita pun patut berbangga dengan produk kita.

"Ini bukan soal mereka nak bayar saya atau sebaliknya kerana sebelum bersetuju saya tidak boleh bertindak semudah itu untuk berkata ya, ” ujarnya.



Kilafairy bersama pengasas UFORA, Supia Saupi semasa pelancaran lipmatte jenama itu yang diadakan secara atas talian, baru-baru ini.

Mengulas perkembangan seninya, Kilafairy akan tampil dengan single terbaharu yang berkonsepkan pop tidak lama lagi.

"Namun tajuknya belum pasti dan masih dalam perbincangan. Ia diuruskan oleh pengurusan saya iaitu Paranormal Records.

"Setakat ini saya dah mempunyai tiga single dan selebihnya berkolaborasi dengan penyanyi lain," ujarnya.

Menerusi laporan akhbar pada Januari tahun lalu, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini terbuka berkongsi mengenai hubungannya dengan Sa’aid Umar yang bekerja dalam bidang penerbangan.

Pasangan itu sudah mengenali satu sama lain sejak di bangku sekolah, kira-kira 12 tahun yang lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain