suria

[VIDEO] Finalis AJL35 lakukan swab test, Aishah takut sakit sampai rasa nak lari - “Tiada cara lain ke? Nak tak nak nampaknya terpaksa buat”

DEBARAN malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35) yang bakal berlangsung pada malam, Ahad di Auditorium MBSA, Shah Alam semakin terasa.

Semua finalis dan tenaga kerja yang terlibat pada malam AJL35 sudah pun mula melakukan ujian calitan atau swab test pada Selasa di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan tertunda, akhirnya AJL35 bersiaran langsung pada 14 Mac depan

Antara finalis yang terlibat iaitu penyanyi Aishah menerusi perkongsian video di laman Instagram mengakui takut untuk melakukan ujian calitan itu.

Akim kongsi video dia melakukan swab test.

"Hari ini stres... nak pergi MSU untuk buat swab test. Sepanjang jalan abang (suami Aishah) cakap sakit, sampai rasa nak lari. Pakai field shield tak boleh ke? Tak payah la swab test.

"Rasa macam nak lari buat swab test... tak ada cara lain ke? Nak tak nak nampaknya terpaksa buat," kata Aishah.

Rata-rata netizen di ruang komen perkongsian tersebut mendoakan agar penyanyi yang bakal menyampaikan lagu Aku Bidadari Syurgamu (nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza) di pentas AJL35 dipermudahkan.

Saya harap semuanya akan baik-baik dan kepada finalis AJL35... goodluck!

AKIM AHMAD

PENYANYI

Selain Aishah, vokalis kumpulan Akim & The Majistret iaitu Akim Ahmad memberitahu pertama kali melakukan ujian calitan membuatkan dirinya berasa gementar namun tetap melaksanakan tanggungjawab seperti yang disarankan.

"Sempena dengan AJL35 tahun ini, semua terlibat untuk disarankan untuk buat swab test. Saya harap semuanya akan baik-baik dan kepada finalis AJL35... goodluck!

"Semoga kita semua dapat jalankna program ini dengan baik. Nervous la... saya tak pernah buat swab test, ini first time," kata Akim menerusi video yang dikongsikan di Instagram.

Manakala, penyanyi Aina Abdul yang memuat naik video memperlihatkan dirinya berada dalam keadaan tenang ketika melakukan ujian calitan Covid-19 dipuji netizen dan rakan selebriti yang lain.



Sherry, Aina dan Haziq turut laksanakan tanggungjawab mereka.

Dalam pada itu, pengacara yang akan menghangatkan lagi malam AJL35 iaitu Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussni turut melaksanakan tanggungjawab mereka dengan melakukan ujian calitan.

Sebanyak 12 lagu akan bertanding iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Peluang Kedua (Nabila Razali) dan Hati (Hael Husaini).

Selain itu, Hutang (Floor 88), Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Eh (Zizi Kirana), Kau Sakiti (Amir Masdi), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter), Gundah (Ernie Zakri) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir