suria

Buang tuala wanita, putung rokok atas 'awning' sampai berlaku kebakaran! Jiran pengotor diharap ambil pengajaran

Kebakaran kecil berlaku di bahagian 'awning' rumah flat yang dipenuhi tuala wanita.

PENDUDUK rumah strata pasti berasa cemas dan panik apabila terhidu bau asap mahupun benda terbakar kerana tindakan menyelamatkan diri dari tempat tinggi adalah sukar.

Berdepan situasi sama, seorang wanita cuba mencari punca bau hangit di sekitar kediamannya, pada malam Jumaat.

Dalam keadaan cemas mencari punca bau tersebut, dia dikejutkan dengan insiden kebakaran yang berlaku dari unit rumah sebelahnya.

Situasi sama yang dikongsikan seorang warga maya di ruangan balas hantarannya.

Situasi sama yang dikongsikan seorang warga maya di ruangan balas hantarannya.

"Malam tadi (Jumaat) bau macam ada benda terbakar, cari-cari tak jumpa.

"Sekali jiran bawah naik bagitahu rumah sebelah dah naik api, nak tercabut jantung," ujarnya berkongsi insiden yang berlaku di Thread.

Menurut wanita ini, keadaan lebih membimbangkan apabila penghuni rumah tersebut berada di luar kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tepat atas kepala mak aku!” - Individu bersemuka dengan penghuni PPR buang sampah dari atas, kantoi ada alamat ‘parcel’

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 3 minggu huni flat, wanita nak pindah segera! Tak tahan sikap, mentaliti jiran-jiran... Firasat suami ternyata betul!

Meskipun cemas dengan insiden terbabit, wanita ini menarik nafas lega kerana suami yang berkhidmat sebagai anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Dia bagaimanapun sekali lagi terkejut apabila melihat gambar lokasi kebakaran yang dikongsikan oleh jirannya.

Mana tidaknya, kebakaran kecil berlaku di bahagian ‘awning’ tingkap rumah jirannya itu dipenuhi tuala wanita (pad) kotor dan putung rokok.

  • Wanita cemas apabila terhidu bau hangit di rumah strata pada malam Jumaat.
  • Rupa-rupanya bau kebakaran datang dari unit jiran yang sedang terbakar.
  • Penghuni rumah terbakar tiada di tempat kejadian, nasib baik suami wanita itu anggota bomba.
  • Punca kebakaran dipercayai akibat rokok dibuang berhampiran longgokan tuala wanita kotor.
  • Netizen kecam sikap pengotor pasangan terbabit, anggap tiada kesedaran kebersihan dan keselamatan.

"Dah siang, owner rumah ambil gambar (tempat terbakar)... nah kau penuh pad!

"Bini buang pad, laki buang rokok... patutlah rumah dia yang terbakar," tambahnya, geram dengan sikap pasangan tersebut.

Malah dia turut berkongsi gambar kebakaran untuk memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya penduduk strata.

Warga maya turut meluahkan rasa geram.

Warga maya turut meluahkan rasa geram.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-ratanya mempersoalkan sikap pasangan terbabit yang membuang barang kotor di luar tingkap.

"Selekeh betul, kau malas pun letaklah dalam tong sampah makanan.

"Kenapa buang macam tu? Dia ingat pad tu boleh terbang sendiri ke atau ada yang tolong bersihkan.

"Mentaliti cap ayam dan realiti PPR (projek perumahan rakyat). Dulu masa duduk flat ada seorang yang suka buang sampah makanan dari tingkap," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain