suria

Ibu bimbang anak dapat suami kedekut... Guna alasan agama, pegang konsep 'cukup belikan pakaian 2 helai setahun'

Setiap ibu mahu berikan yang terbaik buat anak perempuan mereka. -Gambar hiasan

PERKONGSIAN pengalaman buruk mengenai hal rumah tangga di media sosial membuatkan kebanyakan wanita meluahkan kebimbangan untuk berkahwin.

Perkara sama disuarakan pelayar Thread ini selepas menyedari terdapat lelaki yang mempunyai pemikiran bahawa nafkah sekadar makan, pakaian dan tempat tinggal.

"Takutnya kalau suatu hari nanti anak atau kenalan yang masih anak dara jatuh cinta dengan lelaki yang 'mindset' dia 'nabi kata nafkah cuma pakaian dua helai setahun, rumah, makanan'.

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan

"Kalau nak hantar anak ke taska, isterilah yang kena bayar," ujar wanita ini.

Sebagai ibu, dia juga mendoakan supaya anak-anaknya dijauhi daripada lelaki yang bersikap sedemikian.

Malah katanya, dia telah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan serba cukup.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bimbang anak siswa IPT ada ‘sugar mummy’, bukan main seronok dapat macam-macam! - “Saya takut laki dia datang pukul”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkejut anak umur 3 tahun terima bungkusan atas nama sendiri - “Aku tak beli apa-apa untuk dia”

Oleh itu, dia tidak sanggup untuk melihat anaknya 'mengemis' di kemudian hari.

"Aku besarkan anak aku dengan penuh kasih sayang serba cukup.

  • Wanita luah rasa takut jika anaknya jatuh cinta dengan lelaki kedekut.
  • Katanya, ada lelaki anggap nafkah cuma makan, pakaian dan tempat tinggal.
  • Doa agar anak-anak dijauhi lelaki berfikiran sebegitu dalam bab nafkah.
  • Tak sanggup lihat anak yang dibesarkan dengan kasih sayang terpaksa ‘mengemis’.
  • Netizen setuju, anggap ramai lelaki salah tafsir konsep nafkah dalam Islam.

"Aku tak sanggup nak tengok minyak yang ditatang penuh, di kemudian hari terpaksa mengemis untuk secebis keinginan," luahnya lagi.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warga maya yang turut bersetuju dengan pandangannya.

Warga maya turut bersetuju dengan hantaran yang dibuatnya.

Warga maya turut bersetuju dengan hantaran yang dibuatnya.

Rata-rata netizen menganggap kenyataan itu mencerminkan realiti segelintir lelaki yang salah tafsir konsep nafkah dalam Islam, sekali gus menindas pasangan dengan alasan agama.

"Saya pesan dengan anak-anak perempuan, kalau tak jumpa lelaki yang kuat berusaha, tak perlulah kahwin.

"Saya bagitahu anak lelaki, kalau kerja tak bagus dan malas cari rezeki atau berusaha... bonda tak izinkan kahwin.

"Saya paling takut kalau saya gagal didik anak-anak lelaki saya, takut aniaya anak dara orang," demikian atara reaksi netizen.

Artikel Lain