suria

Kesal suami ego tak izin melabur beli rumah, isteri 'degil' buat secara diam-diam... Kini bangga kutip hasil sewa

Ramai wanita memilih hartanah sebagai pelaburan utama. -Gambar hiasan

LUMRAH bagi pasangan suami isteri untuk berkongsi perihal kewangan dan pelaburan demi masa hadapan keluarga.

Bagi wanita, apa sahaja keputusan yang ditetapkan suami pasti akan dituruti seperti dilakukan pelayar Thread ini.

Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, dia meluahkan rasa kesal dengan sikap suami seterusnya mengambil keputusan sendiri tanpa berbincang dengan pasangannya itu.

Hartanah merupakan pelaburan jangka panjang yang berbaloi.

Hartanah merupakan pelaburan jangka panjang yang berbaloi. 

"Dulu pernah nak beli rumah untuk pelaburan, harga sekitar RM90,000... tanya pendapat suami, dia cakap jangan beli.

"Selepas lima tahun, rumah tu bernilai RM200,000 hingga RM220,000.

"Aku punya ralat, lepas tu aku beli tanah dan dua biji tanah secara diam-diam," ujarnya yang telah berkahwin selama 22 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gigih berkebun nak jimat, suami cari penyakit buat ‘loan’ baharu... Sudahnya gaji ‘licin’ bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita menyesal beli rumah, 6 tahun jadi beban! Buat sewa pun tak untung, siap kena ‘top up’ RM700 sebulan bayar hutang bank

Menurut wanita ini, sebuah rumah telah dibeli sejak dua tahun lalu manakala satu lagi masih dalam proses.

"Dua tahun dah bayar, aku bagi orang sewa bilik. Harga RM420,000 tapi sekarang dah lebih RM600,000," tambahnya yang turut menyembunyikan pendapatan bulanan daripada suami.

  • Wanita rasa ralat ikut nasihat suami tak beli rumah RM90,000.
  • Lima tahun kemudian, nilai rumah tu naik hingga RM220,000.
  • Sejak itu dia beli dua rumah diam-diam tanpa pengetahuan suami.
  • Salah satu dah disewakan, kini bernilai lebih RM600,000.
  • Netizen sokong tindakan isteri, kata ramai suami ego bab pelaburan.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

Ramai yang bersetuju dengan tindakannya selain mendakwa kebanyakan suami mempunyai ego apabila pasangan menyuarakan hasrat untuk memiliki aset sendiri.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

"Betul ni, saya nampak sendiri... ramai isteri kena sembunyi beli sendiri sebab momen selepas bagitahu je, suami terus guna kuasa veto. Ego.

"Dulu mak saya nak beli rumah banglo RM180,000 tapi ayah tak bagi, dia cakap kita dah ada rumah apartment buat apa nak beli rumah banyak-banyak dan sekarang mak terkilan.

"Awak mesti seorang perempuan yang cerdik, isteri patut fikir pelaburan kewangan untuk jangka masa panjang," demikian atara reaksi netizen.

Artikel Lain