suria

Tak bincang tiba-tiba minta duit! Ibu terkejut anak tunjuk surat lawatan... Ingatkan sekolah anjur, rupanya PIBG

Bukan semua ibu bapa mampu membayar yuran lawatan sekolah anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG ibu meluahkan rasa terkilan apabila dimaklumkan tentang program lawatan sambil belajar murid tahun enam yang didakwa dibuat tanpa sebarang perbincangan lebih awal bersama ibu bapa.

Menurut wanita berkenaan, anak lelakinya yang menuntut di sebuah sekolah kebangsaan di Lembah Klang membawa pulang surat lawatan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, lawatan selama satu hari di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur itu memerlukan bayaran berjumlah RM126 untuk seorang murid.

Zoo antara lokasi popular lawatan. -Gambar hiasan AIZoo antara lokasi popular lawatan. -Gambar hiasan AI

“Anak saya memang teruja nak ikut sebab ini tahun akhir dia di sekolah rendah dan nak bersama kawan-kawan. Tapi saya agak terkejut bila tengok jumlah bayaran RM126. 

"Masa awal tahun, dalam perjumpaan permuafakatan ibu bapa tahun enam, perkara ni langsung tak dibincangkan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak puas hati cikgu tadika paksa bayar RM110 walau anak tak sertai rombongan... Rasa seperti kena scam!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa bersuara, agenda mesyuarat PIBG dianggap kuno... Meleret sambut VIP punca ramai tak hadir - “Cikgu pun meluat, buang masa!”

Wanita itu turut memaklumkan bahawa sebelum ini ibu bapa sudah menanggung beberapa bayaran lain termasuk graduasi, jamuan dan baju sebanyak RM180, selain yuran PIBG berjumlah RM240 untuk dua anak di sekolah yang sama.

“Kami ingatkan program ni dianjurkan sekolah, rupanya PIBG. Dalam senarai program tahun enam pun tiada lawatan dinyatakan. Jadi memang kami sebagai ibu bapa tak tahu langsung,” katanya.

  • Seorang ibu kecewa kerana mendakwa lawatan murid tahun 6 tak dibincang lebih awal dengan ibu bapa.
  • Program anjuran PIBG itu mengenakan bayaran RM126 seorang untuk lawatan sehari.
  • Ibu bapa sudah banyak menanggung bayaran lain termasuk graduasi dan yuran PIBG.
  • Tiada aktiviti lawatan disenaraikan dalam program rasmi tahun 6.
  • Netizen persoal kadar bayaran dan yuran PIBG yang dikatakan terlalu tinggi.

Tambahnya, bayaran graduasi juga memerlukan ibu bapa membayar RM85 seorang jika ingin hadir majlis berkenaan.

Wanita itu turut memuat naik surat berkenaan, melibatkan lawatan ke Pusat Sains Negara, Jump Street Asia dan Beryl’s Chocolate Factory.

Sementara itu, perkongsian itu menarik perhatian ramai yang merasakan dengan bayaran yang dikenakan, wanita itu boleh membawa ahli keluarganya ke semua tempat yang dirancang oleh PIBG. 

Reaksi warga mayaReaksi warga maya.

Malah, netizen juga mendakwa bayaran yuran PIBG kebiasaannya hanya dikenakan untuk satu keluarga dan bukannya setiap anak seperti yang dikenakan terhadap anak-anak wanita tersebut.

"Dua beradik ni sekolah sama ke berbeza? Kalau sekolah sama sumbangan PIBG dikira per keluarga. Bukan per murid.

"Syukur yuran PIBG sekolah anak saya RM50 untuk satu keluarga.

"Bagi saya RM126 agak mahal. Pusat Sains bukan mahal pun. Pendapat saya, RM126 tu baik awak pergi satu famili," demikian antara komen netizen.

 

Artikel Lain