suria

Cubaan bercinta dengan doktor duda berkubur... Kejadian di restoran piza buat wanita ini rimas! - “Dia sibuk nak suapkan aku”

Mereka yang berstatus duda biasanya lebih matang berbanding lelaki bujang. -Gambar hiasan AI

APABILA menyebut tentang doktor, kebanyakan daripada kita pasti membayangkan mereka sebagai individu yang kemas, bijak dan berwibawa.

Namun, seorang wanita tular di Thread selepas mendedahkan pengalaman buruknya ketika berkenalan dengan seorang doktor berstatus duda.

"Aku pernah keluar dengan seorang doktor berumur 40-an. Dia bawa bunga mawar sekuntum yang zaman 80-an tu.

Pemberian bunga mawar dianggap sebagai simbolik cinta. -Gambar hiasan AI

"Bunga mawar dalam kotak plastik transparent tu. Yang style dulu-dulu. Kotak tu dah buruk gila, dia kutip kat stor rumah dia kot," tulisnya memulakan cerita.

Lebih teruk, wanita itu mengakui tidak selesa sepanjang pertemuan mereka kerana dilayan seperti anak kecil oleh doktor berkenaan.

"Dia bawa aku makan pizza. Lepas tu dia suapkan aku pizza sepanjang kami date tu dan dia tak makan sangat. Dia sibuk nak suapkan aku.

  • Wanita kongsi cerita berkenalan dengan seorang doktor.
  • Dia berkata lelaki itu duda yang sudah berusia lingkungan 40-an.
  • Wanita itu tidak selesa disuap makanan oleh lelaki berkenaan.
  • Netizen turut kongsi cerita lucu mereka ketika melalui fasa perkenalan.

"Dia ingat aku ni anak dia ke apa? Paksa makan pula tu. Balik tu terus saya block dia," imbasnya lagi.

Rata-rata netizen mengakui terhibur membaca perkongsian wanita itu.

Malah, ramai pengguna Thread turut berkongsi pengalaman lucu masing-masing ketika melalui fasa perkenalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sehari lepas keluar ‘dating’ tengok wayang, teman lelaki hantar kod QR... Minta bayar balik duit tiket

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bawa famili nak elak maksiat keluar 'dating' berdua... Kekasih merungut habis beratus ringgit kena belanja makan, 'shopping'

"Dulu pernah date dengan lawyer. Dia ajak tengok wayang. Dia pergi tandas sambil pegang punggung. Geli. Balik tu terus block.

"Pernah date makan tomyam. Masa balik, dia kata nak singgah tandas. Tengah cari stesen minyak, tiba-tiba bau busuk gila. Berair mata aku sebab tahan muntah.

"First date dulu, dia makan burger tak control langsung. Letak sos melimpah, meleleh kat tangan," kongsi beberapa netizen.

Artikel Lain