SATU rakaman video memaparkan pertelingkahan antara seorang lelaki dan pengawal keselamatan wanita di sebuah hospital di Selangor tular.
Insiden itu dikatakan tercetus disebabkan isu ‘clamping’ dan dakwaan cubaan rasuah.
Insiden bermula apabila kereta milik lelaki berkenaan hampir dikunci tayar (clamping) oleh pengawal keselamatan berkenaan kerana meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Bagaimanapun, individu itu mempertahankan diri dengan mengatakan kawasan tersebut tiada papan tanda larangan parkir atau kon penghalang.
“Encik staf sini ke? Kalau bukan, mana boleh parking sini. Saya mahu clamping tau, tapi saya tak buat dekat kereta awak.
Lelaki itu turut membela diri berikutan isu parkir berlaku di hospital itu.
"Ada pengarah sudah buat aduan,” kata wanita tersebut sambil situasi itu dirakam lelaki berkenaan sebelum dikongsi di TikTok.
Lelaki itu dengan tenang menjawab bahawa dia tidak menghalang laluan dan tidak menyedari kawasan tersebut adalah larangan parkir memandangkan tiada sebarang papan tanda.
"Oh staf bukan (parkir) dekat dalam sana? Maafkan saya. Saya tak halang laluan. Sepatutnya awak letak kerusi (penghadang), kon tu ke... sekurang-kuragnya saya tahu tak boleh parking.
“Masa saya parking awak tak ada pun tadi. Macam mana saya nak tahu sini tak boleh parking sebab tak ada signboard atau apa-apa.
"Kenapa saya tak parking dekat sana (sambil menunjukkan kawasan parkir) sebab ada kon dan notis,” jawabnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 8 tahun tersadai di parkir KLIA, dari habuk tebal sekelip mata berkilat... siapa punya ‘kereta misteri’ kalau bukan mangsa tragedi pesawat?
ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Pencuri boleh cabut 4 tayar kereta dalam masa singkat... Pasang alat ini kalau nak selamat
Menurut wanita berkenaan, ketika kejadian dia sedang berehat justeru tidak berada di lokasi.
Pertelingkahan semakin 'panas' apabila pekerja wanita itu mempersoalkan reaksi lelaki itu selepas dia baik hati tidak mengunci tayarnya.
“Sorry cukup ke? Kalau saya ‘clamping’ macam mana tadi?” ujar wanita tersebut.
Situasi menjadi lebih tegang apabila lelaki itu mempersoalkan kenapa motosikal dan kenderaan lain yang turut diparkir berhampiran tidak dikenakan tindakan serupa.
Wanita tersebut bagaimanapun mendakwa dia akan mengambil tindakan selepas itu.
Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila wanita berkenaan secara terbuka menyatakan lelaki itu perlu membayar sejumlah wang kepadanya kerana tidak dikenakan tindakan.
Betul la tu dia cakap tak ada papan tanda. Mana la orang tahu tak boleh parkir situ.
NETIZEN
“Sekurang-kurangnya kasihankan saya la. Bagi RM10 macam tu,” katanya.
Lelaki itu lantas menolak cadangan itu, menegaskan bahawa perbuatan tersebut merupakan rasuah.
“How can? Ini rasuah. Awak nak clamp, awak buat je. Buat ikut undang-undang,” tegasnya.
Wanita itu kemudian mendakwa dia tidak terus mengunci tayar kerana ingin mengetahui siapa pemilik kenderaan berkenaan.
Namun lelaki itu membalas dengan menuduh wanita itu tidak menjalankan tugasnya secara profesional.
Berasa tercabar, wanita itu kemudian berang dan mengugut mahu memanggil 'orang lain' untuk campur tangan, sebelum akhirnya mengarahkan lelaki berkenaan beredar dari kawasan itu.
Komen netizen pada video yang tular.
Rakaman yang dikongsi lelaki itu kini mengundang pelbagai reaksi netizen, rata-rata mengecam tindakan pengawal keselamatan wanita itu yang disifatkan tidak beretika serta menyalahgunakan kuasa.
"Bukan soal kedekut. Dah memang bukan salah dia. Betul la tu dia cakap tak ada papan tanda. Mana la orang tahu tak boleh parkir situ.
"Tak, masalahnya sekarang ni kenapa tak clamp je. Kenapa nak kena cakap kalau saya tak clamping tadi. Sedangkan tu kerja kau dan memang tak boleh parking jadi kenapa tak buat je dari tadi.
"Dalam kawasan hospital jangan parking merata. Jalan sempit situ. Hospital K*ja** ni kalau kau parking jauh sikit, ada buggy datang lalu boleh tumpang. Yang guard pun satu hal, minta duit pula," komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, warganet turut menyeru pihak pengurusan hospital dan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden tersebut dan memastikan prosedur penguatkuasaan dilakukan secara adil dan telus, tanpa elemen ugutan atau rasuah.