suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita derita kemurungan kronik lepas tamat pengajian, sedih kenang pengorbanan ibu menjaganya - “Mak mandikan, suap makan”

Sesiapa sahaja boleh berubah dengan izin Allah. -Gambar hiasan AI

SESIAPA sahaja pasti mengharapkan perubahan besar dalam hidup, apatah lagi selepas berdepan ujian berat.

Bagi yang mengharunginya, perjalanan untuk kembali pulih seperti sedia kala mengambil masa bertahun-tahun sehingga ada yang mengeluh dan mula menyalahkan takdir.

Seperti kisah seorang wanita ini, kehidupannya diuji dengan masalah kesihatan mental iaitu kemurungan melampau selepas dia menamatkan pengajian di universiti.

Masalah kemurungan yang dialami boleh mengganggu rutin harian seseorang. -Gambar hiasan

Masalah kemurungan yang dialami boleh mengganggu rutin harian seseorang. -Gambar hiasan

Ceritanya, ketika rakan-rakan lain sedang 'berlari' mengejar impian, dia terpaksa menarik brek kerana masalah kemurungan dihadapinya.

"Di saat kawan-kawan lain semua dah mula kerja dengan gaji RM4,000 hingga RM5,000, saya pula dijaga mak.

"Mak mandikan, suap makan, ulang-alik hospital wad psikatri untuk jaga saya," ceritanya mengenangkan peristiwa yang dilalui hampir empat tahun.

  • Seorang individu bertanya di Threads sama ada orang ramai masih yakin Allah mampu mengubah kehidupan seseorang dalam sekelip mata.
  • Menjawab hantaran itu, seorang graduan bidang profesional berkongsi pengalaman berdepan kemurungan teruk selepas tamat pengajian.
  • Ketika rakan-rakannya mula bekerja dengan gaji RM4,000 hingga RM5,000, dia masih memerlukan bantuan ibu untuk mandi, makan dan mendapatkan rawatan di hospital.
  • Selepas hampir empat tahun, wanita itu berkata dia sudah pulih dan kini bekerja sebagai eksekutif dengan gaji hampir RM10,000 sebulan. 
  • Perkongsiannya menerima reaksi positif warga maya yang menyifatkan perjalanan hidupnya sebagai inspirasi.

Bagaimanapun katanya, berkat doa ibu yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya, dia berjaya keluar daripada masalah kemurungan yang membelenggu hidupnya sebelum ini.

Jelas wanita itu, tanpa ibunya, dia tidak akan berada ditahap sekarang dan apa dimiliki kini adalah kerana pengorbanan 'syurganya'. 

"Saya kini sudah bergelar eksekutif dengan gaji hampir RM10,000 sebulan, Allah bagi juga seorang suami yang sangat penyayang," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekelip mata jadi OKU, pemuda tak keluar bilik 2 tahun akibat kemurungan sebelum bangkit demi ibu... kini dah kerja bank, ada isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘delulu’ tahap kronik! Anak menantu tanggung malu, ibu cetak semula kad kahwin tambah gelaran ‘Dr’ di pangkal nama

Perkongsian sebahagian kisah hidupnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya menyatakan bahawa perjalanan yang dilalui memberi motivasi terbaik.

"Sangat memberi inspirasi kisah awak ni, memang apabila dekatkan diri dengan Allah, kita akan rasa aman.

"Terima kasih kongsikan perjalanan hidup, cerita beginilah yang perlu selalu kita baca untuk mengingatkan diri sendiri," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain