suria

Sekelip mata jadi OKU, pemuda tak keluar bilik 2 tahun akibat kemurungan sebelum bangkit demi ibu... kini dah kerja bank, ada isteri!

Kekurangan yang dialami tidak mematahkan semangat Izhar.

MEMULAKAN kembali sebuah kehidupan yang pernah 'hilang' bukanlah perkara yang mudah.

Lebih-lebih lagi apabila kehidupan itu pernah dijalani selama lebih 18 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Lori ‘panjat’ paha ketika bonceng motosikal, tiada luka hanya ada cop tayar... gadis perjelas kenapa tetap jadi pemegang kad OKU!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU suka main TikTok dituduh ‘buat-buat cacat’, tetap bersemangat nak jadi influencer, hiburkan followers

Bagi Nur Izhar Idham, kemalangan yang mengakibatkan keupayaan kakinya hilang kira-kira 18 tahun lalu menjadikannya lebih kuat walaupun pernah terfikir untuk meragut nyawa sendiri.

Ketika dihubungi mStar, jejaka berusia 36 tahun itu memberitahu, dia pernah dirujuk kepada pakar kerana mengalami kemurungan teruk selama dua tahun selepas kemalangan berlaku.

"Saya kemalangan ketika berumur 18 tahun, masa tu saya tengah sambung belajar di Kuala Lumpur.

"Bila kemalangan tahun 2004 dan disahkan lumpuh separuh badan disebabkan kecederaan dekat saraf tunjang T3 dan T4, memang saya give up sangat-sangat.

"Dua tahun saya down dan menyendiri. Pernah rasa nak bunuh diri," luah anak jati Taiping, Perak ini lagi.

Sukan lasak antara yang diminatinya.

Sukan lasak antara yang diminatinya.

Bercerita lanjut, ujarnya, sepanjang tempoh dua tahun tersebut dia hanya berkurung dalam bilik dan sepenuhnya berada di atas katil.

Menurutnya, selepas tempoh yang mendukacitakan itu dia kembali bangkit atas dorongan ibu dan keluarga.

Namun ketika itu, semangat yang hadir masih tidak utuh kerana sering terkenangkan keadaan diri yang tiba-tiba cacat.

Sekitar tahun 2007, barulah dia belajar berdikari termasuk bergerak sendiri dari katil ke kerusi roda serta memandu kereta.

Memulakan semula kehidupan baharunya di rumah, kata-kata ibu yang paling tidak dilupakan dan menjadi kekuatan dirinya sehingga kini adalah 'mak nak sebelum mak mati, abang berdikari sendiri'.

Izhar boleh menunggang kuda.

Izhar boleh menunggang kuda.

"Selepas dua tahun down, saya terfikir sampai bila perlu hidup macam ni (bergantung harap dan kemurungan). Mak dan abah pun dah tua.

"Jadi saya kena fikir masa depan, lagipun ada seorang adik yang perlu dijaga kerana saya anak sulung dalam keluarga.

"Sokongan dari mak yang paling kuat, selain adik dan abah," ujarnya yang kemudian mengambil keputusan untuk merantau ke ibu negara bagi mendapatkan pekerjaan.

Pada tahun 2009 dia melakukan pelbagai kerja dan akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di bank Standard Chartered.

Perkahwinan bersama pasangan tercinta didirikan tahun lalu.

Perkahwinan bersama pasangan tercinta didirikan tahun lalu.

Malahan sejak enam tahun lalu, dia berjaya melakukan kerja dengan baik.

Tambahnya, pengorbanan ibunya paling besar kerana sanggup berhenti kerja sebagai pegawai bank bagi menjaganya.

"Ya, mak saya yang jaga sepenuh masa... mak berhenti kerja selepas 22 tahun berkhidmat demi menjaga saya di hospital selama enam bulan sehinggalah balik ke rumah.

"Memang saya rasa sukar. Seumpama bayi yang baru belajar berjalan, saya pula nak belajar sesuaikan diri dan melakukan segalanya dengan menggunakan tangan," katanya.

Aktiviti yang paling digemari adalah melancong namun ia tidak dapat dilakukan sejak PKP dilaksanakan.

NUR IZHAR

Berkongsi kehidupan hariannya, ujar Nur Izhar, aktiviti yang dilakukannya sama seperti orang normal yang lain.

"Harian saya mungkin sama macam orang lain juga. Hari biasa saya bekerja, hujung minggu pula buat latihan ping pong," katanya yang merupakan atlet para negara bagi kategori T3.

Bercerita lanjut, dia yang baru mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 memberitahu, aktiviti yang paling digemari adalah melancong namun ia tidak dapat dilakukan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Selain itu, katanya, aktiviti berenang dan menunggang kuda turut dilakukan.

Menzahirkan rasa syukur, Nur Izhar memberitahu, dia tidak sangka wanita yang dikenali menerusi aplikasi Instagram sebelum PKP dua tahun lalu, kini menjadi isterinya.

Merupakan atlet paralimpik negara.

Merupakan atlet paralimpik negara.

"Rezeki saya kerana keluarga isteri merestui perhubungan kami.

"Sebenarnya, sebelum jadi isteri saya ada nyatakan kepada dia, kalau sekadar nak kenal dan berkawan sahaja okay tapi kalau mahu serius... kena pastikan keluarga tahu," ujarnya.

Yakin dengan jodoh yang ditakdirkan, dia tidak menyangka akan mendapat restu keluarga isteri.

"Disebabkan PKP, isteri saya diberhentikan kerja. Nak dijadikan cerita, arwah ayah mentua saya ketika itu tidak sihat dan isteri nak pulang ke Johor.

"Jadi saya hantarkan dan berjumpa dengan ayah dia... tak sangka pada masa itu, ayahnya minta saya jagakan isteri," luah jejaka yang sentiasa tampil dengan video kesedaran di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain