suria

Bermula dengan campak, gadis ini diuji seumur hidup tak boleh kena sinar matahari... tapi tak pula jadi ‘vampire’ cuma keluar waktu malam

Penyakit XP tidak menyakitkan penghidap seperti sakit kulit yang lain.

ISTILAH 'puteri lilin' nampaknya wujud!

Situasi ini terjadi kepada seorang gadis yang viral di TikTok kerana memiliki kulit sensitif terhadap sinar matahari.

Bercerita kepada mStar, Fahza Syafira Karin berkata dia menderita penyakit xeroderma pigmentosum yang lebih dikenali sebagai XP sejak berusia setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Disangka autisme, rupanya 2 anak hidap MPS II! Ibu bapa perlu tahu tentang ‘penyakit jarang jumpa’, diagnos boleh makan masa 2 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui apa itu ‘penyakit jarang jumpa’ dan kesannya

"Menurut keluarga saya dilahirkan normal seperti bayi yang lain dan tiada masalah kulit.

"Namun ketika berusia satu tahun, bintik-bintik hitam mula timbul di badan saya.

"Difahamkan, ia disebabkan demam campak yang saya alami ketika berusia sembilan bulan... campak sangat tebal," ujarnya memulakan cerita.

Terdahulu kisah gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Pariaman di Sumatera Barat, Indonesia ini menjadi tular hingga menarik perhatian netizen termasuk dari Malaysia.

Fahza sudah biasa dengan keadaan dirinya.

Fahza sudah terbiasa dengan keadaan dirinya.

Video perkongsian tentang penyakitnya itu ditonton lebih 2.1 juta pelayar TikTok.

Bercerita lanjut gadis ini berkata ketika kecil dia dibawa berjumpa doktor bagi mengetahui masalah yang dihadapinya.

"Setelah beberapa kali bertemu doktor dan pakar kesihatan, akhirnya dimaklumkan bahawa saya menghidap penyakit XP.

"Penghidap penyakit ini tidak boleh terkena cahaya matahari dan ia juga jarang berlaku... satu dalam 1,000," jelasnya.

Bintik hitam akan timbul apabila terkena sinaran matahari.

Bintik hitam akan timbul apabila terkena sinaran matahari.

Walaupun ia tidak dapat diubati, Fahza bagaimanapun bersyukur kerana penyakit kulit yang dialaminya itu tidak berjangkit atau menjangkiti sesiapa yang berada di sekelilingnya.

Namun katanya, ada yang menyifatkan bahawa ia adalah kanser kerana jika terdedah kepada cahaya matahari, bintik-bintik hitam akan timbul di kulitnya.

"Bintik yang terjadi ni seperti benjolan tumor pada kulit.

"Sehingga kini tiada lagi penawar untuk penyakit yang dialami. Cara saya bertahan hidup selama ini adalah melalui pengambilan multi-vitamin selain berusaha sebaiknya daripada terkena sinaran cahaya matahari.

Saya boleh melakukan aktiviti di lapangan dengan memakai sunblock dan payung atau topi untuk melindungi diri.

FAHZA SYAFIRA

"Saya juga perlu memakai sunblock setiap hari bagi mengelakkan kulit terdedah secara langsung kepada matahari," luahnya.

Malah katanya, setiap apa yang dilakukan itu sudah menjadi sebati dalam hidupnya.

Tambahan pula sebagai wanita, penjagaan wajah dan kulit sering diutamakan.

"Walaupun berpenyakit seperti ini, saya sama seperti orang biasa yang boleh mengenakan solekan pada wajah, skin care dan lain-lain.

Antara komentar daripada rakyat Malaysia.

Antara komen daripada rakyat Malaysia.

"Hanya tidak boleh terkena sinar matahari kerana jika terdedah, kulit akan ditumbuhi tumor... atau menjadi semakin parah.

"Bintik-bintik hitam yang timbul ini tidak tumbuh di seluruh badan saya tetapi hanya terdapat pada bahagian yang terdedah pada cahaya matahari," katanya lagi.

Ujarnya lagi, walaupun mengalami masalah kulit seperti itu, dia bukanlah seperti vampire iaitu makhluk mitologi yang berkeliaran di dunia pada waktu malam

Menurut Fahza dia masih boleh melakukan aktiviti seperti individu normal yang lain.

"Saya boleh melakukan aktiviti di lapangan dengan memakai sunblock dan payung atau topi untuk melindungi diri," luahnya sambil menambah bintik yang terjadi tidak menyakitkan.

Rata-rata netizen di TikTok memberikan kata semangat kepadanya Fahza untuk terus kuat berdepan ujian seperti itu.

"Semoga dipermudahkan segala urusan. You tetap cantik.

"Tapi awak cantik... cantik sangat tau," komen beberapa netizen dari Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain