suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cermin mata anak bengkok masa kelas PJ, rakan tak sengaja langgar ketika main bola... Ibu serba salah nak tuntut ganti rugi

Kemalangan kecil boleh berlaku antara kanak-kanak ketika mereka sedang bermain. -Gambar hiasan AI

KEMALANGAN tanpa sengaja dalam kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa ketika mereka bermain atau melakukan aktiviti bersukan di sekolah.

Seorang ibu berkongsi cerita, dia berada dalam keadaan serba salah sama ada ingin menuntut ganti rugi selepas cermin mata anak lelakinya bengkok selepas dilanggar oleh rakannya.

Ketika kejadian, mereka melakukan aktiviti sukan semasa mata pelajaran pendidikan jasmani di sekolah.

Segelintir ibu bapa mengharapkan kerosakan barang peribadi yang berlaku di sekolah diberikan ganti rugi sewajarnya. -Gambar hiasan AI

Segelintir ibu bapa mengharapkan kerosakan barang peribadi yang berlaku di sekolah diberikan ganti rugi sewajarnya. -Gambar hiasan AI

"Patutkah aku minta ganti rugi dekat mak ayah budak itu sebab bermain ketika pendidikan jasmani di sekolah?

"Anak ikut arahan cikgu yang suruh main bola dan masa itu berlaku perebutan dan rakan dia terlanggar anak aku sampai cermin mata bengkok," ujarnya di Threads.

Situasi itu membuatkan dia tertanya-tanya sama ada kerosakan yang berlaku itu adalah tanggungjawabnya, pihak sekolah atau penjaga rakan anaknya.

  • Cermin mata seorang murid bengkok selepas terlanggar rakan ketika bermain bola dalam kelas Pendidikan Jasmani di sekolah.
  • Menurut ibunya, anaknya menyertai permainan itu atas arahan guru sebelum perlanggaran berlaku ketika murid-murid cuba mendapatkan bola.
  • Wanita itu meminta pandangan sama ada wajar menuntut ganti rugi daripada ibu bapa murid yang terlibat.
  • Dia turut tertanya-tanya sama ada kos kerosakan itu menjadi tanggungjawabnya, pihak sekolah atau penjaga murid berkenaan.
  • Persoalannya menerima reaksi negatif daripada sebahagian warga maya yang menganggap kejadian itu sebagai kemalangan tidak sengaja dan tidak wajar dipersalahkan kepada murid lain atau guru.

Bagaimanapun, pertanyaan itu mengundang reaksi negatif warga maya yang berpandangan wanita itu tidak wajar menyalahkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan atau pihak sekolah.

Ini kerana jelas kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja dan tidak perlu diperbesar-besarkan.

"Kalau perkara kecil macam ini pun nak salahkan anak orang atau cikgu, lebih baik homeschooling je anak tu dan jangan bagi bercampur dengan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hairan, air bergula tumpah di karpet kena ganti rugi RM500... Ini jawapan pemandu e-hailing

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh suami kena ganti RM1,080 sebab ‘tester’ minyak wangi pecah... Peguam ulas maksud notis ‘once broken, considered sold’

"Dulu jadi cikgu pendidikan jasmani enjoy, sekarang jadi kerjaya yang menakutkan.

"Ini namanya kemalangan yang tidak disenagjakan, sis kena reda," demikian reaksi netizen.

Namun menerusi komen balas, wanita ini menyatakan dia adalah individu yang perlu membayar ganti rugi selepas ibu bapa kepada rakan anaknya meminta bayaran akibat kerosakan cermin mata berkenaan.

Artikel Lain