KESTABILAN kewangan dan tempat tinggal selesa selalunya menjadi syarat utama sebelum seseorang itu bersedia melangkah ke alam rumah tangga.Perkara itulah yang menjadi dilema besar buat seorang wanita tempatan, sama ada mahu menerima lamaran lelaki warga Pakistan yang sudah bertahun-tahun menagih cintanya atau tidak.Menerusi satu luahan di media sosial, wanita terbabit menyuarakan rasa bimbang akan nasib masa depannya memandangkan bakal suaminya itu masih belum mempunyai perancangan yang jelas selepas mereka berkahwin kelak."Saya berkawan dengan lelaki dari Pakistan. Kalau hubungan kami okey, saya bercadang nak kahwin dengan dia.Setiap individu perlu berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan untuk berkahwin dengan warga asing. -Gambar hiasan AI"Saya tanya ada kereta dan rumah tak untuk kami duduk lepas kahwin? Dia cakap dekat Malaysia ni dia miskin tapi dekat negara sendiri dia ada rumah dan boleh beli kereta," ceritanya di Threads. Namun kata-kata lelaki berkenaan tidak memberi keyakinan kepadanya, malah dia sendiri mengimpikan untuk terus membina kehidupan di tanah air sendiri selepas berkahwin."Masalahnya saya nak hidup dekat negara ini je. Macam mana saya nak yakin kalau dia sendiri susah nak tunjukkan usaha dekat sini?"Saya tak nak la ambil risiko kahwin dengan dia tapi akhirnya kehidupan saya terkontang-kanting," katanya yang runsing dengan situasi tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Bawa 'suami Bangladesh' bisnes di kampung, kafe turut jadi 'kaunter pertanyaan' cara kahwin warga asingARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga asing ajak wanita tempatan kahwin, tapi ada syarat - “Dia tak nak beritahu ibu bapa”Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang tampil memberikan pelbagai nasihat serta pandangan berbeza.Ada yang berpendapat wanita itu perlu bersedia jika mereka ditakdirkan berkahwin dan dibawanya berpindah ke Pakistan.Membalas salah satu komen netizen, wanita itu menjelaskan bahawa dia berhak untuk mencari pasangan hidup yang mampu memberi kehidupan yang baik dan selesa selepas berkahwin.Wanita dilema kahwini lelaki Pakistan.Risau masa depan tidak terjamin.Mahu menetap di Malaysia selepas berkahwin.Lelaki dakwa memiliki rumah di Pakistan.Netizen nasihat isteri ikut suami.Ringkasan ini dijana oleh AI"Saya bukan jenis mudah nak 'digula-gulakan'. Dah bertahun dia kejar saya, tapi dari dulu lagi saya tolak sebab dia tak mampu nak jadi provider yang kukuh."Sekarang ni saya cuma minta pendapat dan nak dengar pengalaman orang lain sahaja. Lagipun dia datang negara kita sebab nak kerja, bukannya berniat nak menetap terus di sini."Kalau ikutkan hati dia, memang dia nak bawa saya balik ke Pakistan... tapi saya tetap tak nak. Saya dah bagi syarat tegas, kalau betul nak kahwin dengan saya, wajib duduk di Malaysia," jelasnya lagi.