suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masa kecil buka aib, apabila besar jadi musuh... Wanita ini kongsi cara ‘matikan’ sifat dengki sesama adik-beradik!

Ibu bapa perlu menjaga maruah anak dengan tidak memalukan mereka. -Gambar hiasan AI

SETIAP ibu bapa pasti mempunyai pendekatan tersendiri dalam mendidik serta penguruskan perselisihan faham antara anak-anak di rumah.

Seorang wanita berkongsi prinsip yang diamalkan bersama suaminya sejak anak-anak masih kecil, iaitu tidak sesekali membuka aib seorang anak kepada adik-beradik yang lain.

Menurut wanita itu, setiap kesalahan atau kelemahan seseorang anak cukuplah sekadar disimpan dan diketahui mereka sebagai ibu bapa.

Setiap ibu bapa mahu anak-anak mereka membesar tanpa perbalahan. -Gambar hiasan AI

Setiap ibu bapa mahu anak-anak mereka membesar tanpa perbalahan. -Gambar hiasan AI

"Suami selalu pesan, kalau anak pertama ada aib, jangan cerita kepada anak kedua dan ketiga.

"Kalau si kakak ada aib, jangan cerita dekat si abang atau si adik. Jangan biarkan anak-anak tahu aib adik-beradik yang lain, apatah lagi orang luar.

"Cukup kami ibu dan ayah saja yang simpan aib semua anak-anak," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebak tengok mak ayah semakin dimamah usia, pesanan bapa buat anak tunggal tersedar bakal hidup sebatang kara

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita minta henti budaya usik budak, guraunya sekejap tapi ibu bapa letih kena pujuk - “Sila buat dekat anak sendiri”

Jelas wanita berkenaan, pendekatan itu diamalkan bagi memastikan anak-anak terus mempunyai rasa hormat antara satu sama lain sehingga dewasa.

"Sejak mereka kecil sampai sekarang, kalau ada salah seorang berselisih faham dengan adik-beradik dan datang mengadu, saya akan dengar dulu tetapi tidak terus menegur.

"Selalunya yang mengadu tidak berpuas hati sebab dia mahu saya terus tegur depan-depan, tapi saya tak akan buat macam itu.

"Saya akan tegur kemudian tanpa sesiapa pun tahu," katanya.

Menurut wanita itu, teguran secara peribadi bukan bermaksud dia mengabaikan kesalahan dilakukan, sebaliknya mahu menjaga maruah setiap anak dan mengelakkan timbul rasa kurang senang antara adik-beradik.

"Apa pun cara kita kendalikan sesuatu isu, matlamatnya adalah nak jadikan ia sebagai pengajaran dan iktibar untuk anak.

"Cara pendekatan dan penyampaian tak semestinya sama. Ikutlah kesesuaian keluarga masing-masing," katanya.

  • Ibu bapa memilih tidak membuka aib anak.
  • Kesalahan ditegur secara peribadi.
  • Mahu anak kekal saling menghormati.
  • Perselisihan didengar tanpa terus menghukum.
  • Netizen memuji pendekatan pasangan itu.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen kerana bersetuju dengan kaedah yang digunakan wanita itu dengan suaminya dalam mendidik anak-anak.

"Bagus cara akak, saya pun membesar dalam lingkungan keluarga yang apabila berkumpul saudara-mara mula saling membuka aib.

"Harap sangat otak aku rasional. Tak nak jadi ibu yang toksik kepada anak-anak," kata netizen.

Artikel Lain