Tindakan 'lebih sudu daripada kuah' sesetengah ibu saudara kadangkala menimbulkan rasa kurang selesa. -Gambar hiasan AI
GOLONGAN berusia selalunya berpandangan adalah tidak manis bagi pasangan yang belum bernikah bergambar terlalu mesra ketika majlis pertunangan.Bagi seorang wanita yang pernah ditegur mengenai isu sedemikian, dia menerima pandangan itu dengan berlapang dada. Namun, tidak lama kemudian dia berasa terkilan kerana individu yang menegurnya itu bersikap sebaliknya sewaktu majlis pertunangan anak gadis sendiri.Pelbagai ujian perlu ditempuh pasangan yang bertunang. -Gambar hiasan AI"Dulu masa aku tunang, ada sesi ambil gambar berdua dengan pasangan dekat mini pelamin."Lepas tu makcik aku cakap dengan mak aku, tak elok berdua-dua dekat situ," katanya memulakan cerita.Bagaimanapun menurut wanita berkenaan, pada ketika itu dia dan tunangnya tidak berdua-duaan kerana terdapat ramai lagi saudara-mara lain yang berada di sekitar mini pelamin.ARTIKEL BERKAITAN: Belum tunang dah buat perangai! Wanita terpaksa beli cincin sendiri, ‘claim’ ikut harga emas semasa - “Please, jadi perempuan mahal”ARTIKEL BERKAITAN: Wanita batalkan majlis tunang 20 minit sebelum ‘sarung’ cincin, rasa tercabar bakal mentua tiba-tiba buat provokasiBercerita lanjut, pengadu berkata alangkah terkejutnya dia apabila melihat situasi berbeza berlaku di majlis pertunangan sepupunya."Sekali masa majlis tunang anak dia, sepupu aku tu selamba saja berpeluk-peluk depan orang," luahnya.Wanita itu mengakui teguran yang diterima sewaktu majlis pertunangannya masih meninggalkan kesan mendalam sehingga kini."Saya benci tengok gambar masa tunang tu sebab teringat mulut dia," katanya.Wanita ditegur bergambar dengan tunang.Teguran itu masih berbekas hingga kini.Ralat apabila anak kepada ibu saudaranya itu pula dilihat lebih mesra ketika bertunang.Wanita terkilan dengan layanan berbeza.Netizen turut kongsi pengalaman sama.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa situasi seperti itu sudah menjadi lumrah, di mana individu yang gemar menegur biasanya tidak mengamalkan apa yang dinasihatkan."Sama la, ada ja persoalkan kenapa bertunang ada pelamin. Tiba-tiba masa anak dia bertunang bukan je pelamin, siap dengan lima khemah."Makcik aku kata gatal sebab kahwin umur 22 tahun, tapi anak lelaki dia baru 16 tahun dah bawa awek balik tidur rumah," komen warga maya.