KEPUTUSAN untuk mengejar masa depan sendiri bukanlah mudah bagi seorang anak perempuan, apatah lagi apabila perlu berdepan dengan permintaan keluarga yang dirasakan agak membebankan.Begitulah dilema seorang wanita yang berdepan situasi kurang menyenangkan apabila ibunya meminta dia mencari pekerjaan berdekatan rumah semata-mata untuk menjaga kebajikan abangnya. Menerusi satu luahan di media sosial, wanita itu berkongsi konflik yang tercetus selepas dia secara berseloroh memberitahu tidak mahu tinggal bersama abangnya."Aku tak bercakap dengan mak sekarang ni. Puncanya aku saja bergurau dengan mak. Aku cakap tak nak duduk serumah dengan abang nanti... siap gelak-gelak lagi."Tapi mak balas dengan nada serius, dia persoalkan kenapa pula. Katanya duduk saja la dengan abang tu. Jaga abang kalau mak dah tak ada nanti. Setiap wanita mempunyai impian masing-masing untuk masa depan sendiri. -Gambar hiasan AIAku cakap la tak boleh sebab nak kerja di Selangor, macam mana nak duduk sekali. Kalau sesekali jenguk tu boleh la," katanya.Namun kata wanita itu, ibunya tetap berkeras mahu dia mencari pekerjaan di sekitar rumah mereka demi kepentingan si abang.Lebih mengecewakan, dia mendakwa ibunya sejak dulu lagi sering melebihkan anak lelaki dalam hal keluarga, manakala anak perempuan pula yang dibebankan dengan kerja-kerja rumah."Mak cakap cari saja la kerja dekat rumah. Aku jadi bengang. Kenapa aku pula yang kena jaga abang? Bukan patutnya abang yang kena jaga aku?"Untuk maklumat, abang aku ni sihat saja, tak ada masalah apa-apa pun. Tapi mak macam nak suruh aku urus makan, pakai, dan minum dia. Mak aku ni pula memang jenis selalu menangkan anak lelaki.ARTIKEL BERKAITAN: Anak tak puas hati layanan ibu... Sudah tahu tengah datang bulan, tetap paksa ke surau tolong basuh pinggan lepas tahlilARTIKEL BERKAITAN: Hebatnya ‘permainan’ ibu... Si bongsu kesayangan dah kahwin nak beli rumah, tapi disuruh guna nama kakak buat pinjaman!"Anak lelaki tak payah buat kerja rumah, perempuan saja yang kena buat. Aku stres. Kenapa tahan aku daripada kejar impian semata-mata nak suruh jaga anak lelaki dia yang masih sihat tu?" jelasnya lagi.Disebabkan terlalu kecewa dengan sikap ibunya, wanita berkenaan memilih untuk melancarkan 'perang dingin' dan tidak bercakap dengan ibunya sehingga kini.Padahal menurut wanita itu, sebelum ini mereka bertiga cukup rapat dan dia sendiri merupakan seorang yang peramah serta suka bercakap di rumah.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan mengenai dilema wanita berkenaan.Mak suruh cari kerja dekat rumah demi jaga abang.Terkilan mak minta jaga abang yang masih sihat.Impian kerja di Selangor tersekat, anak perempuan merajuk.Niat bergurau bertukar konflik, anak pilih mendiamkan diri.Tak sanggup korbankan masa depan demi abang, wanita luah rasa kecewa.Ringkasan ini dijana oleh AIAda yang berpendapat sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak lelaki boleh menyebabkan anak perempuan terbeban dengan tanggungjawab keluarga."Jenis-jenis mak manjakan anak jantan ni susah nak berubah. Menjauh lebih baik."Suruhlah mak kahwinkan abang awak tu, biar bini dia jaga. Kenapa awak pula nak kena jaga, bukan suami awak."Bertegas je untuk masa depan awak tapi masih jaga hubungan dengan adik-beradik, terutamanya mak. Awak dah tak ada mak lain," komen beberapa netizen.