Pujian harus diberikan kepada individu yang bersungguh-sungguh dalam mencari kerja. -Gambar hiasan AI
JARAK perjalanan yang jauh bukan penghalang buat seorang individu apabila sanggup meredah hujan lebat dengan menunggang motosikal demi menghadiri sesi temu duga di sebuah kafe.Kisah pencari kerja itu dikongsikan oleh seorang pengusaha kafe yang tersentuh melihat kesungguhan individu tersebut datang dari Penaga, Pulau Pinang ke Kulim, Kedah. Menurut pengusaha berkenaan, individu tersebut sepatutnya menghadiri sesi temu duga lebih awal, namun memaklumkan akan tiba lewat berikutan keadaan cuaca."Ada seorang datang temu duga di kafe dari Penaga ke Kulim naik motosikal. Redah hujan lebat.Hujan lebat bukan alasan tidak boleh keluar mencari kerja. -Gambar hiasan AI"Sepatutnya waktu temu duga dia pukul 2.30 petang tadi. Ada maklumkan dia lambat sebab hujan lebat. Memang lebat betul tadi," katanya.Lebih menyentuh hati, individu berkenaan tidak terus memasuki premis sebaik tiba kerana bimbang keadaannya yang basah kuyup akan mengotorkan kafe."Pukul 4.30 petang dia sampai dan mesej macam ini. Aku sebak."Dia mesej saya dekat luar, basah lencun. Tak apa ke saya masuk?" katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Umpan calon kerja sembang topik strategi, wanita kesal idea pemasaran kena ‘rembat’ selepas hadir temu duga jawatan eksekutifARTIKEL BERKAITAN: Dari JB ke Kuantan untuk temu duga... Isteri dakwa HR tipu, 'permainkan' suami - "Iklan RM3,500, gaji sebenar RM1,900"Sikap dan kesungguhan yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil apabila dia diterima bekerja di kafe berkenaan.Menurut pengusaha itu, keputusan berkenaan bukan semata-mata kerana individu tersebut sanggup menempuh perjalanan jauh, sebaliknya turut mengambil kira sikapnya ketika berurusan."Dia diterima bekerja. Lulus sebab dia beradab dan ada common sense yang tinggi."Harapnya dia sudi bekerja bersama-sama saya dan pasukan. Semoga kami masing-masing dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik," katanya.Pencari kerja sanggup meredah hujan lebat untuk hadir temu duga.Dia menunggang motosikal dari Penaga ke Kulim.Tiba basah kuyup, dia meminta izin sebelum memasuki kafe.Sikap beradab dan kesungguhannya menyentuh hati pengusaha.Individu berkenaan akhirnya diterima bekerja di kafe tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen yang berkongsi jarak perjalanan individu tersebut bermotosikal iaitu lebih 50 kilometer (km).Menurut mereka, jarak tersebut dengan keadaan cuaca tidak mengizinkan menunjukkan kesungguhan individu itu untuk bekerja."Ada dua sebab kena ambil dia bekerja. Pertama walaupun jauh, cuacan hujan pun tetap datang."Kedua, adab. Dia tanya dulu boleh masuk ke tak sebab dia basah lencun," komen warga maya.