BUKAN semua wanita sanggup hidup bermadu, berkongsi kasih sayang dengan suami yang dicintai sepenuh hati.Seorang wanita berkongsi kisah ibunya yang mengetahui mengenai perkahwinan kedua bapanya selepas 12 tahun ia dirahsiakan daripada pengetahuannya. Menurutnya, rahsia tersebut terbongkar secara tidak sengaja apabila bapanya dipercayai tertekan nombor telefon ibunya ketika berada di rumah isteri kedua.Lelaki perlu jujur jika ingin berkahwin lagi. -Gambar hiasan AI"Kalau Allah nak tunjuk, tak payah susah cari. Masa dia ke rumah isteri kedua, dia tertekan nombor telefon mak aku. "Telefon dalam poket, dia tak sedar. Mak aku dengar semua perbualan dia dengan isteri kedua," katanya.Sukar menerima hakikat ditipu suami sendiri, wanita itu memberitahu ibunya memang kecewa dengan sikap bapa membelakanginya.Namun, mereka ada menasihati ibunya agar tidak bercerai memandangkan bapa tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sepanjang 12 tahun merahsiakan perkahwinan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: “Salah ke cari kebahagiaan?” - Baru 5 bulan kahwin, isteri rasa teraniaya suami nak berpoligami... Siap paksa jumpa calon madu!ARTIKEL BERKAITAN: Bulan madu jadi racun! Isteri ditinggalkan suami di Kinabalu, mujur ada malim gunung - “Aku demam dia kata manja”Tambahan pula ibu tirinya juga tidak pernah sekali cuba menggangu kehidupan mereka sekeluarga."Rumah, kereta, makan dan pakai semuanya cukup. Kami suruh mak fokus kepada akhirat. Di hujung usianya, mungkin ini dugaan untuk dia."Ramai kecam kami sebab tak bagi mak bercerai. Dia sudah berusia 66 tahun, adakah dia akan bahagia kalau bercerai selain perlu memulakan kehidupan baru."Jangan cakap kami paksa. Kami cuma beri pendapat. Kalau ibu tetap mahu bercerai, dia boleh buat keputusan sendiri.Suami rahsiakan perkahwinan kedua selama 12 tahun.Rahsia terbongkar gara-gara panggilan telefon tidak sengaja.Isteri terdengar perbualan suami bersama madunya.Anak-anak bawa ibu tunai umrah untuk tenangkan hati.Keluarga dikecam selepas menasihati ibu agar tidak bercerai.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia mempunyai hak sepenuhnya menentukan kehidupan tanpa memerlukan persetujuan orang lain," katanya.Dalam pada itu, wanita berkenaan berkata dia dan adik-beradik masih mengekalkan hubungan baik dengan bapa kerana lelaki tersebut tidak pernah mengabaikan mereka sepanjang membesar."Mak pun sekarang dah okay, cuma sakit itu memang sakit. Bagaimanapun, dia masih masak untuk ayah seperti biasa," katanya.