suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita 28 tahun mengadu sakit lutut, maut selepas diberi suntikan di pusat kesihatan

Pesakit atau waris berhak mengetahui setiap rawatan yang disarankan oleh doktor. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berusia 28 tahun meninggal dunia selepas keadaan kesihatannya dilaporkan merosot sejurus menerima suntikan di sebuah pusat kesihatan kerajaan.

Mangsa yang berasal dari kampung Siwan Kala, di daerah Ballia, Uttar Pradesh, India, dibawa ke Jabatan Pesakit Luar di Pusat Kesihatan Komuniti Sikanderpur pada Isnin selepas mengadu mengalami kesakitan di bahagian bawah lutut.

Dia kemudian diberikan suntikan namun kemudian dirujuk ke hospital daerah apabila keadaannya dilaporkan semakin teruk.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital tersebut.

Situasi kemudian bertukar kecoh apabila ahli keluarga mangsa yang berang dan bersedih bertindak membuat bising di hospital.

Ketua Polis Daerah, Dr Iraj Raja berkata, pihak polis bergegas ke hospital selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu bagi mengawal keadaan.

Mayat mangsa kemudian dihantar untuk menjalani bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematiannya.

Difahamkan, sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, suami mangsa yang mengimbas kembali kejadian itu berkata, isterinya mengadu mengalami kesakitan di bahagian bawah lutut pada pagi Isnin sebelum dia membawanya ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan.

Lelaki itu mendakwa doktor memberikan enam jenis ubat untuk kegunaan luaran, dua jenis ubat makan selain turut memberikan satu suntikan kepada isterinya.

Bagaimanapun, keadaan isterinya dikatakan semakin merosot tidak lama selepas menerima rawatan sehingga mulutnya mula mengeluarkan buih.

Menurutnya lagi, doktor kemudian merujuk isterinya ke hospital daerah selepas keadaan wanita itu menjadi kritikal sebelum disahkan meninggal dunia. -Agensi

Artikel Lain