PELAKON Riena Diana memuji sikap rakan artis, Izzue Islam, yang mengambil pendekatan tidak bersentuhan dengan mana-mana wanita ketika penggambaran drama.Berkongsi pengalaman sendiri, Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 29, aktor berkenaan juga tahu mengatur posisi gerak badan atau menggunakan teknik kamera jika memerlukan babak bersentuhan. "Dah beberapa kali berlakon dengan Izzue, sememangnya tidak pernah sentuh saya dan hanya main angle kamera sahaja," katanya.izzue tahu menggunakan teknik kamera apabila melibatkan babak bersentuhan. Riena menulis perkara tersebut dalam satu ruangan komen seorang pengguna media sosial yang turut memuji Izzue.Tambahnya, dia juga selesa digandingkan dengan aktor berkenaan dalam mana-mana drama.Malah, Riena juga menyifatkan Izzue sebagai seorang lelaki yang disenangi atau sering dilabelkan dengan gelaran 'green flag'.ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana tetap profesional walaupun cemburu Keith Foo dengan heroin lain, kurang gaduh bila jarang kongsi media sosial ARTIKEL BERKAITAN: Riena Diana dedah Keith Foo tolak tawaran berlakon di Indonesia demi anak"Salah seorang hero yang saya hormat dan selesa bekerja."Green flag dalam dunia nyata," kongsinya.Dalam satu hantaran di laman Threads, seorang pengguna memuji lakonan Izzue yang bijak menggunakan teknik kamera ketika melakonkan babak bersalaman dengan aktres Dian P. Ramlee dalam drama terbaharu mereka berjudul Suamiku Anak Mak.TONTON VIDEO PILIHAN!