PENYANYI Charlie Puth mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambar bogel di laman Instagram miliknya pada Khamis. Gambar tersebut dipercayai sebagai promosi album terbaharunya berjudul Charlie yang dijangka akan dilancarkan pada bulan hadapan selain memaklumkan dia bakal memulakan konsert jelajah. Dalam gambar berkenaan, penyanyi lagu One Call Away ini dilihat berdiri di atas sebuah buaian tanpa seurat benang di sebuah kawasan terbuka yang menampakkan bahagian punggungnya. Perkongsian tersebut mendapat banyak respons dalam kalangan peminatnya di seluruh dunia dan ada yang mengatakan Charlie sebagai versi baharu pelakon Bollywood, Ranveer Singh yang sebelum ini pernah menjayakan sesi fotografi berbogel. ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sengaja cipta kontroversi, Ranveer Singh tak tahu ‘post’ gambar bogel boleh undang masalah "Apa yang berlaku kepada Charlie? Adakah ini versi Ranveer Singh dari Amerika? "Ini adalah inspirasi Ranveer Singh," komen netizen. Bukan kali pertama tampil dengan imej kontroversi, Charlie sebelum ini juga pernah memuat naik gambar hanya memakai seluar dalam berwarna putih. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI