PELAKON Zac Efron akhirnya mengaku melakukan pembedahan plastik di bahagian wajahnya pada tahun lalu. Zac, 34, sebelum ini mengejutkan peminat apabila wajahnya kelihatan berbeza ketika membuat kemunculan menerusi program Earth Day! The Musical yang disiarkan menerusi Facebook. Peminat mengesan wajahnya kelihatan berbeza terutamanya pada garisan rahang yang berbentuk segi empat sama. Wajahnya kelihatan berbeza kerana mempunyai garis rahang yang lebih terbentuk segi empat sama. Perubahan itu membuatkan peminat mempersoalkan sekiranya pelakon filem 17 Again itu membuat pembedahan plastik. Menjelaskan mengenai perkara itu, Zac berkata, dia bukan sengaja membuat pembedahan plastik sebaliknya ia terpaksa dilakukan selepas rahangnya patah selepas berlari sambil memakai stokin di dalam rumah. ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Zac Efron dah berubah, peminat syak suntik botox ARTIKEL BERKAITAN: Zac Efron bercinta dengan pelayan restoran, kerap luangkan masa di Australia Pelakon itu tergelincir dan terlanggar bucu air pancut sebelum pengsan. Sepanjang proses pemulihan, otot wajahnya menjadi bengkak dan disebabkan itu dia terpaksa mendapatkan bantuan terapi fizikal selain pembedahan plastik bagi membetulkan semula struktur wajahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI