suria

Zac Efron bercinta dengan pelayan restoran, kerap luangkan masa di Australia

Zac hangat bercinta dengan wanita yang dikenali sebagai Vanessa Valladares.

PELAKON Zac Efron sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Vanessa Valladares.

Menguatkan lagi spekulasi mengenai khabar angin itu apabila foto mesra mereka sedang menikmati percutian di Byron Bay, Australia menjadi tular.

Difahamkan Zac Efron sudah beberapa bulan meluangkan masa di Australia dan dia bertemu dengan Vanessa yang bekerja sebagai pelayan restauran di Byron Bay sekitar Jun lalu.

Selain bekerja sebagai pelayan restoran, Vanessa juga merupakan seorang model yang berasal dari negara tersebut.

Memandangkan Zac seorang yang berahsia mengenai hubungan cintanya, ia merupakan satu langkah yang besar apabila dia berpegangan tangan dengan Vanessa di kawasan umum.

Meskipun sudah mempunyai teman wanita baharu namun segelintir peminat masih meletakkan harapan Zac akan kembali bercinta dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon Vanessa Hudgens.

Sumber - Hollywoodlife

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain