suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raisa sedih konsert terpaksa tunda kerana pandemik Covid-19

Raisa berterima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya.

KONSERT penyanyi Raisa yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di Gelora Bung Karno, Jakarta pada 28 November depan terpaksa ditunda pada tarikh yang belum ditetapkan.

Memetik laporan Liputan6, Raisa memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan untuk menundakan konsert tersebut.

Menurut Raisa, persiapan untuk konsert tersebut sudah dilakukan selama dua tahun dan sememangnya dinantikan peminatnya yang digelar Youraisa.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Youraisa dan minta maaf sangat. Siapa la saya tanpa semua sokongan Youraisa.

"Kepada yang sudah berharap konsert ini akan berlangsung, beli tiket, tiket penerbangan, saya ucapkan terima kasih dan mohon maaf.

"Saya harap anda semua tetap menyokong. Selepas pandemik ini berakhir, kita boleh menikmati konsert tanpa rasa bimbang," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Raisa, konsert, Jakarta, Pandemik Covid-19,

Artikel Lain