suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syahrini, suami banyak kali mandi untuk elak Covid-19 - “Belum sempat kering... mandi lagi!”

Syahrini mengakui dia dan suami lebih kerap mandi kerana bimbang bahaya Covid-19.

PENYANYI popular Indonesia, Syahrini mengakui dia dan suami, Reino Barack lebih kerap mandi kebelakangan ini.

Menurut laporan Liputan6, Syahrini berkata dia dan Reino membersihkan diri kerana bimbang dengan penularan virus Covid-19.

Perkara itu dikongsi oleh Syahrini ketika menjadi tetamu jemputan SCTV, baru-baru ini.

Dalam program tersebut, Raffi Ahmad bertanyakan beberapa soalan peribadi kepada pasangan ini.

"Siapa di rumah yang paling kerap mandi," tanya Raffi Ahmad.



Syahrini bersama suami tersayang, Reino.

Tanpa berselindung, penyanyi lagu Seperti Itu? ini mengakui dia dan suami memiliki perangai yang sama.

"Kami berdua sama kerap mandi... kerap mandi kerana sekarang lagi pandemik! Kemana-mana pergi, kami akan mandi kerana takut. Belum kering dah mandi lagi," jawabnya.

Mendengar jawapan Syahrini itu, Raffi hanya tertawa dan bersetuju bahawa mandi itu merupakan kewajiban, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini.

"Mandi itu memang wajib ya, tambah pula dalam pandemik begini," kata Raffi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Syahrini, Reino Barack, Covid-19

Artikel Lain