suria

Kim Kardashian umum program realiti 'Keeping Up With The Kardashians' berakhir selepas 14 tahun bersiaran

Program popular 'Keeping Up With The Kardashians' bakal berakhir.

BINTANG realiti TV sensasi Kim Kardashian West mengumumkan program realiti mengenai keluarganya iaitu Keeping Up With The Kardashians akan berakhir.

Kim menerusi satu kenyataan di Twitter menganggap ia sebagai keputusan yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal.

"Dengan hati yang berat kami telah membuat keputusan yang sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Keeping Up With The Kardashians," katanya.



Kim Kardashian

Program realiti TV itu telah bersiaran selama 14 tahun dan sehingga menjadikan adik-beradiknya, ibu bapa, rakan kongsi dan anak-anaknya sebagai bintang yang popular.

Musim terakhir iaitu yang ke-21, akan ditayangkan pada awal 2021.

Kim turut mengucapkan terima kasih kepada individu dan perniagaan yang terlibat dalam program ini.

"Saya sangat berterima kasih kepada semua orang yang telah menyaksikan dan menyokong saya dan keluarga selama 14 tahun yang luar biasa ini."

"Program ini menjadikan kami seseorang dan saya akan selamanya berhutang kepada semua yang berperanan membentuk kerjaya kami dan mengubah kehidupan kami selama-lamanya," ujarnya.



Kim umum berita sedih itu di Twitter miliknya.

Sebilangan ahli keluarga Kim tidak dikenali ketika program ini dimulakan pada tahun 2007.

Tayangan ini pada awalnya difokuskan kepada kehidupan Kim dan adik-beradiknya termasuk Kourtney dan Khloe dan pasangannya, termasuk bekas teman lelaki Kourtney, Scott Disick, bekas suami Kim, Kris Humphries dan bekas suami Khloe, Lamar Odom.

Walaupun dikritik hebat oleh banyak pihak, rancangan ini mendapat penghargaan dan anugerah besar iaitu menjadi salah satu rancangan saluran yang paling berjaya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain