suria

'Dynamite' duduki tempat pertama carta Billboard, Justin Bieber akui BTS sedang lakar sejarah

Justin Bieber kagumi kejayaan BTS.

PENYANYI antarabangsa Justin Bieber mengagumi kejayaan yang dicapai kumpulan Kpop terkenal iaitu BTS yang baharu melancarkan single bahasa Inggeris berjudul Dynamite.

Menerusi temu bual bersama E! News, Bieber, 26, mengakui grup itu sedang melakar sejarah dalam industri muzik global terutamanya apabila Dynamite berjaya menembusi carta muzik Billboard.

ARTIKEL BERKAITAN: BTS jadi artis Kpop pertama duduki tempat teratas Billboard Hot 100

"Jika ada sesiapa tahu bagaimana nak melakar sejarah, mereka adalah BTS. Kumpulan Kpop itu sudah memecahkan banyak rekod dalam industri muzik global dan tahun 2020 akan menjadi tahun yang besar dan membanggakan buat mereka.

"Tak seperti lagu mereka Boy With Luv dan On, stesen radio AS memberikan Dynamite lebih banyak air time," katanya.

Tambah Bieber, sukar untuk mana-mana lagu bukan berbahasa Inggeris untuk mendapat tempat di stesen radio Amerika Syarikat.

"Kalau ikut sejarah industri muzik AS, lagu bukan berbahasa Inggeris susah nak dapat air time dan disebabkan itu, mereka jarang dapat tempat dalam mana-mana carta Billboard.

"Pencerobohan Kpop arus perdana baru saja bermula," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Justin Bieber, Dynamite, BTS, Kpop, Idol

Artikel Lain