suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wow! BTS diumum buat persembahan di Anugerah Video Muzik MTV pada 30 Ogos ini

BTS bakal membuat persembahan di Anugerah Video Muzik MTV pada 30 Ogos.

ANUGERAH Video Muzik MTV (VMA) secara rasmi mengumumkan kumpulan Kpop terkenal BTS bakal mengadakan persembahan buat julung kalinya di VMA 2020 yang akan berlangsung pada 30 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat selepas BTS berkongsi jadual promosi bagi single terbaharu mereka berjudul Dynamite.

ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri luah minat BTS, pengikut pula 'mengelabah' bimbang terpengaruh jadi 'army'! - “Pandanglah ke arah positif, bukan sebab tengok rupa”

"Ia betul-betul bakal berlaku! BTS akan membuat persembahan di VMA 2020 buat kali pertama.

"Jangan lupa 30 Ogos ini di MTV!" menurut ciapan (tweet) yang dikongsikan akaun rasmi MTV.

Peminat grup itu yang digelar Army meluahkan rasa teruja untuk melihat sendiri persembahan kumpulan kesayangan mereka.

Persembahan akan disiarkan secara langsung secara dalam talian pada 30 Ogos ini.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BTS, Army, Kpop,

Artikel Lain

BN menang besar PRN Johor