suria

Ernie Zakri luah minat BTS, pengikut pula 'mengelabah' bimbang terpengaruh jadi 'army'! - “Pandanglah ke arah positif, bukan sebab tengok rupa”

Ernie kagumi hasil kerja dan semangat kumpulan BTS. Foto: IG @erniezakri & The Hollywood Reporter.

PERKONGSIAN penyanyi Ernie Zakri mengenai minatnya terhadap kumpulan K-Pop BTS mengundang rasa kurang senang segelintir pengikut sehingga timbul perbalahan sesama mereka.

Enggan membiarkan muat naik tersebut terus dihujani komen negatif netizen, Ernie menjelaskan tidak salah meminati seseorang asalkan tidak taasub sehingga mengabaikan perintah agama.

"Minat tak salah... yang salah apabila terlalu taasub sampai melalaikan, tak buat apa yang diperintahkan. Itu baru kita cakap tak boleh!

ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah ‘stay at home’ Ernie Zakri kini berhijab - “Doakan saya istiqamah!”

"Nak minat sesiapa, suka sesiapa itu tak ada apa yang salah, ambil perkara yang baik-baik apa yang mereka usahakan, hasil kerja mereka, itu semua yang saya ambil," katanya.

Ernie tinggalkan komen sebab dia mengagumi kumpulan BTS.

Penyanyi lagu Gundah ini menjawab komen pengikut yang mempersoalkan minatnya terhadap kumpulan berkenaan.

"Saja nak bagitahu, saya rasa, saya dah minat BTS... Sebab masa banyak sangat, tertengok video BTS. Tapi saya bukan Army (kelab peminat BTS)," tulis Ernie pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, status ditulis oleh Ernie itu mengundang rasa kurang senang beberapa orang netizen yang bimbang jika Ernie terpengaruh dan menjadi taasub dengan kumpulan tersebut sehinggakan ada yang berbalah sesama sendiri di ruangan komen.

Ernie mahu netizen melihat dari sudut positif.

Dalam pada itu, Ernie berkata rasa minatnya itu timbul setelah melihat sisi positif ahli kumpulan berkenaan.

"Bukan sebab tengok rupa, pandanglah ke arah positif, InsyaAllah semua anda akan nampak positif.

"Tak habis-habis nak ke arah yang tak elok... Islam itu indah, jangan disusahkan dengan pemikiran yang bukan-bukan," ujarnya.

Bagaimanapun, salah satu komen teguran yang ditulis netizen itu telah dipadam berikutan mendapat kecaman peminat Ernie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ernie Zakri, BTS

Artikel Lain