Lelaki tak siuman muncul semula buat kacau depan rumah Siti Nurhaliza - “Dia pernah masuk penjara, tolong polis!”

Kediaman Siti Nurhaliza didatangi individu tidak dikenali yang pernah didakwa kerana melakukan kekecohan beberapa tahun lalu.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza berdepan situasi mencemaskan apabila didatangi seorang individu tidak dikenali melakukan kekecohan di hadapan rumahnya pada Khamis.

Menurut Siti, 41, lelaki berkenaan merupakan individu yang sama pernah dipenjarakan akibat berkelakuan tidak senonoh di kediamannya beberapa tahun lalu.

"Tolong! Macam mana nak buat? Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu?

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Dipenjara Tunjuk Kemaluan Depan Rumah Siti Nurhaliza

"Sudah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma kembali... serba-salah jadinya!

"Menjerit-jerit depan rumah. Tolong polis!," tulisnya di ruangan Instastory pada Khamis.



Siti Nurhaliza kongsi situasi menakutkan itu menerusi Instastory.

Bagaimanapun, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini tidak menyatakan secara lanjut jenis gangguan yang diterima daripada lelaki berkenaan.

Untuk rekod, seorang lelaki pernah didakwa dan dijatuhkan hukuman enam bulan penjara selepas didapati bersalah menunjukkan kemaluan di hadapan rumah penyanyi itu pada Oktober 2015.

Duda yang juga merupakan seorang penganggur itu didakwa menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti Nurhaliza di hadapan rumah artis itu di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Menurut fakta kes, bapa kepada dua anak itu dipercayai datang beberapa kali ke rumah selebriti tersebut dengan tujuan yang sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Siti Nurhaliza

Artikel Berkaitan

Artikel Lain