suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Jacob Elordi dan Kaia Gerber jadi tanda tanya

Jacob dan Kaia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka.

PELAKON Jacob Elordi dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model yang juga pelakon Kaia Gerber.

Memetik laporan Hollywoodlife, foto mesra Jacob dan Kaia ketika menghabiskan masa bersama di New York City menguatkan lagi spekulasi mereka bercinta.

Foto yang memperlihatkan pasangan itu sedang berpegangan tangan menarik perhatian umum.

Sebelum ini, Jacob dan Kaia juga pernah dilihat menikmati makan malam bersama di Nobu di Malibu pada 2 September lalu.

Bagaimanapun, Jacob dan Kaia memilih untuk mengunci mulut mengenai hubungan mereka.

Jacob sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan pelakon dan penyanyi Zendaya selepas berpisah dengan pasangan gandingannya dalam filem The Kissing Booth, Joey King.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain